Assalamualaikum... Hari ni nak update entry pasal trekking ke FRIM Kepong.. cerita bandung simpan dulu dalam kocek..malas nak pilih gambar. Plan untuk ke FRIM memang dah lama, cuma sekarang baru berkesempatan nak pergi. Rombongan ke FRIM seramai 9 orang dari Klang. Kitorang 4 beradik + makayah+ 3 orang sepupu (Ayong, Qila & imkun). adik aku yang dh kawen tu tetibe nak join + 2 orang lagi. Hari Ahad, 8 Julai 2012. Lepas subuh aku tak sambung tido..hehe.. aku buat ape? Goreng karipap yang mak buat semalam.. karipap ni bekal untuk breakfast diFRIM. Bergerak dari rumah pukul 7.50 am. campur sesat semua, sampai jugak kat FRIM dlm pkl 9.00 am. Tol dari Setia Alam ke Tol Jln Duta RM 4.70. Campur Tol kat duke High way RM 2.00. Jumlah tol= RM 6.70. Untuk masuk ke FRIM, Satu kereta kena bayar RM 4 (kereta+driver) + RM1/ penumpang. Pagi ni orang tak berapa ramai, kejap je dah dapat parking. Before trekking, pekena teh tarik kaw Sementa mari. berkelah jap kat tepi kereta..hehe ...