Posts

Showing posts with the label Guilin

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 2.0

Image
Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Mulai minggu depan, aku akan start busy dan takkan ada masa nak update blog, unless miracle happens. Somehow, miracles do happen ^^ Jom sambung cerita............ 17 th   May 2013 Longji Rice terrace Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pegi sekolah .. eh2.. bukan, pegi jalan. Pagi tu, breakfast kat bilik masing- masing.  Tepat jam 8.30 pagi kitorang dah melepak kat lobby. Tunggu bas. Sambil- sambil tu sempat amik gambar kat depan hostel. Masa tengah syok- syok posing sana sini, tetiba ade sorang pakcik tegur. Dia speaking London sama kitorang. Ehh.. terkejut jugak.. dia tanya kitorang dari mana, Indonesia ke? Owh.. tak la.. kami dari Malaysia..terer pakcik speaking. Borak-borak kejap, rupa-rupanya dia ni professor kat guilin university. Hamboi. Semalam jumpe homo, hari ni jumpe professor. Pasni tak tau jumpa sape lak. Retis china? Jackie chan? Zhang Zi Yi? #berangan. Kitorang bertukar-tukar duit syiling.katenye, beliau pengumpul ...

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 1.1

Image
Assalamualaikum semua.................... Sementara cuti sem ni, aku banyak pulak masa terluang time malam dan hujung minggu..dapat la sambung menaip. sambil-sambil tu merangka itinerary kansai. Sambung dari sini Bila dah tengok yang ade tinggalan masjid je, rasa nak menangis.. dah la kebulur tahap langit petala ke-7 nak tak nak kitorang pun menapak.  Masa ni, kak ied cakap, Makan megi la malam ni nampaknya..pasrah betul ayat!! untuk kali terakhir, k itorang cuba nasib tanya-tanya kat orang sekekeliling. Nak jugak carik kedai makanan halal. Perut kebulur nasik.  Kitorang pusing-pusing melintas jalan yang sama dua, tiga kali. Hebat dok? Akhirnya, Nampak satu kedai. Ade signboard halal. Serbu. Menu dia ada dalam English. Kitorang order ayam goreng, Daging masak pepper, sup cendawan. Okeh. Tu je. Bismillahhirramanirrahim..ngap3. glup3..korang bayangkan pacman makan. habis!! Masa  tengah makan, tetiba ade satu bus nampak la makcik-makcik  pakai tud...

Misi Mak Jemah Merentasi China-Vietnam Bahagian 1.0

Image
Assalamualaikum...... Aku sebenarnya, tak penah terfikir pun nak menjelajah ke China. Walaupun orang tua- tua ade cakap, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Tu dia aihhh. nak bagitau yang China tu jauh sangat. Asal idea ni semua dari kakak aku. aku just menambah part hujung-hujung. Akhirnya, terjadi la trip Guilin - Hanoi ni. 16 th May 2013 Embark our Journey to the Mainland of China. Four of us, Me. My Sis. Kak ied. Irma. Four Mak jemahs. We fly from LCCT to Guilin at 6.25 am. Masing- masing cuma berbackpack. Takde luggage untuk di check in. Furthermore, aku memang tak berapa gemar nak check in luggage. Sebab akan kena beratur panjang dan agak menyusahkan. I travel light.  Waktu perjalanan adalah selama empat jam. Tiada perubahan zon masa antara Malaysia dan China. Masih lagi di GMT +8. Dalam flight aku tidoq. sampai kak aku kejut suruh makan lasagna. keke..irma pun gigih bersarapan.. Touch down Liangjiang airport dalam pukul 10.15 pagi. Cepat sikit dari waktu y...

Misi Mak Jemah Merentasi Guilin dan Vietnam

Image
......السلام عليكمورحمة وبركاته  Maaf lah. Agak lama blog bersawang. Ade ke pembaca tegar tertunggu entry yang tertangguh?  Aku dilanda kesibukan belajar dan bekerja. Kebetulan jugak laptop dah takde. Sgt mencabar untuk mengupdate melalui sematfon. Trip kali ni memang bertemakan backpacker sejati..haha. Kitorang jadi Alien di negara china. Menjelajah bandar Guilin dan Nanning. Berbasikal di pekan yangshuo. Berakit di yulong river, mendaki dalam gerimis di longsheng. Solat dimasjid guilin dan masjid nanning. Berlari-lari dalam hujan di Nanning. Merentas sempadan china -vietnam menaiki kereta api. Bermalam dua hari berturut-turut di dalam keretapi. Mandi dalam tandas awam ditemani asap ubat nyamuk. Jumpa professor salah sebuah universiti guilin, jumpa minah homo yang tak segan silu mengaku dia sedang mencari teman wanita, terserempak dengan abang hensem ala-ala redza minhat, berjumpa dengan lecturer berasal dari thailand yang fasih english dan mandarin. ...

Ming palace youth hostel review GUILIN

Image
Assalamualaikum. .. Kali ni nak review accommodation masa aku pegi Guilin Bulan Mei yang lepas. Dari Guilin Airport, tambang teksi ke sini RMB 80 yuan. Dari segi lokasi, kedudukan Hostel ni sangat strategik.  Bersebelahan dengan Ming Palace. Jalan je kaki. Tak sampai lima minit. Kos penginapan lebih kurang RMB 150 yuan semalam untuk twin sharing. Depan hostel ada kedai runcit. Bahagian bawah ada kafe. Takde la best mana. Tapi ok la.. ada tempat lepak. Hehe. Depan kaunter ada disediakan dua bijik komputer berinternet. Wifi pun ada. Tapi memang slow la. Katil single dua biji. Abaikan kaki tu. Ada electric kettle,  tv bahasa cina. Kalau paham takpe. Toilet and bathroom.  Ade shower.