Posts

Showing posts with the label Australia working holiday for malaysian

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 2

Image
Sambungan untuk bahagian ke 2. Lepas bangun pagi dengan view yang superb tu, aku pun menikmati secawan kopi panas. I cannot live without coffee.  Dalam pukul 10 aku mula bergerak ke Bandar Canberra. Nak cari mechanic untuk check Aircond kereta. Rupa-rupanya sejenis orang Australia, everything must be book ahead. Kalau aku nak repair, kena tunggu turn nextweek baru ada slot. Dengan itu, aku decide, hidup lah tanpa aircond. Destinasi seterusnya adalah ke Masjid Canberra. Ingat nak menumpang mandi. Tapi berkunci rupanya Masjid itu. Boleh masuk dalam kawasan. tapi nak masuk ruang solat tak boleh pulak.  Aku just refill air paip dalam botol buat beristinjak jika perlu dan meneruskan perjalanan ke Booromba Hiking Trail. Dah lama tak bersatu dengan alam, sejak-sejak bekerja di kilang kentang. Masa ni, dah tengahari jugak. Aku cuma nampak ada satu kereta kat parking area.  Hiking Trail ni biasa-biasa je. Takde lah terlalu susah untuk orang-orang marhaen macam aku ni...

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1

Image
Sementara aku rajin ni, baik la aku sambung cerita Working Holiday Australia aku ni. Walau pun boleh tahan basi dia. Lama sangat. Tahun 2017-2018 Bulan 10 kira dah off season kentang. So, aku kerja sampai tengah bulan 10 je. Sementara nak tunggu season cherry bulan 12, aku merayau kejap. Lepas ni boleh merasa pengalaman Cherry picking. Ada masa aku cerita aku punya kerja. Aku buat keputusan nak ber road trip pun last minute. Asal jadi je. Ni kira aku punya first driving roadtrip solo kat Australia.  Dengan kereta Holden Commodore tahun 2001 Wagon, aku merayau.  Disebabkan plannya nak tidur dalam kereta je, sehari dua sebelum kejadian, aku gigih menjahit langsir untuk kereta aku 😂😂😂. Paul dengan Suzi gelak-gelak je dengan kegigihan aku ni. Lepas langsir dah siap, tukar minyak hitam kereta, check coolant, topup transmission oil - yang ni aku mintak budak Malaysia yang aku kenal tolong. Upah sikit-sikit. I'm off to my adventure. Eceh. Sebelum ke Canberr...

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Aku duduk Melbourne dalam 6 hari. Takde buat apa sangat, ada la satu hari tu sleep over rumah graphic designer yang kerja kat Melbourne.Kenal sebab duduk rumah yang aku tumpang tu la. networking kata orang.. Esoknya after brunch dengan housemate dan kawan-kawan diorang, aku pegi melepak kat library RMIT university, konon perasaan jadi student balik, hehehe balik dari library aku buat bread pudding sikit sebab nak habis roti yang melambak tu dan nak mengucapkan terima kasih kat tuan rumah yang baik  hati bagi aku tumpang rumah diorang. Hari sabtu pegi talk Dr Halina Siraj on managing Diversity, pegi makan nasik afghanistan and melawat Sorang ustaz yang stay dekat sini, kebetulan isteri beliau baru lepas melahirkan. Macam melawat baby kan. riuh budak-budak buat aku rindu keriuh rendahan keluarga kat Malaysi. Eceh. Ade la aku merayau pising Melbourne. Pegi Victoria state library. Bestnya Australia ni, library dia besar- besar (kat bandar). Kalau kat town kecik, ceruk macam mana ...

Misi 365 hari : Melbourne 1.0

Image
Assalamulaikum..... Aku takde planning nak buat buku ke apa, walaupun ada orang suggest suruh buat buku. Sebabnya aku memang tak istiqamah dalam menaip/rekod pengalaman mengembara ni. I write for fun and sharing purposes. Tak tau la nanti tetiba dapat ilham jadi travel writer. Macam tak mungkin je... So, after two month resignation notice and almost a month break, here I am in Australia. Currently I'm staying with friends of friends of friends of friends house for free (rolling eyes). I have to be conscious of my spending as whatever amount of money that I have must  be divide by 3.5 (crying). Touch down Melbourne Airport jam 9.40 malam, 14th Februari 2017. Ye, aku tau Valentines Day. Tapi aku tak sambut dan yang penting ticket paling murah time ni... Immigration was breeze. Tak ada pula kena soal apa-apa yang pelik. Dia just tanya apa visa aku sebab dekat arrival card aku tick nak duduk Australia selama setahun (hopefully, InsyaAllah). Cuma kena beratur panjang la..mema...

Australia working holiday visa for Malaysian

Assalamulaikum.. Blog ni dah bersawang. Banyak sangat sarang labah- labah. Saat catatan ini ditulis, aku dah berjaya mendapat Australia working holiday visa (AWHV) sesi 2016/2017. Mungkin masih ramai yang tak tahu apa benda working holiday visa ni. boleh klik kat link ni untuk panduan lebih lanjut. htt p://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/work_holiday_visa.html  Permohonon akan dibuka lebih kurang bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Tapi kita prepare lebih awal. Sebab ada banyak syarat-syarat dia. Syarat utama: 1) Umur : 18- 30 tahun 2) Ada degree atau sekurang-kurangnya dah/sedang belajar selama 2 tahun (degree). Kalau diploma ke, sijil ke, professional diploma ke, dia tak nak. Tapi kalau ko ada master's degree dia ok je. Jumlah visa yang ditawarkan hanya terhad kepada 100 tempat pada setiap tahun. Jadi, kita memang perlu berebutlah dengan orang lain. Dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan sebelum hari permohonan:- 1) Letter of good conduct daripada M...