Posts

R.I.P

Image
Rest in peace, you will be miss Galaxy SII (July 2011- September 2012) P/s: lets find new adik..hihi

Perth, Western Australia -Spring, Episod Pengenalan.

Assalamualaikum, ini adalah entry pendahuluan untuk trip Perth pada November 2012 Counting days..hihi..semangat utk pergi membuak-buak, melebihi semangat kerja yang semakin susut.. Pengembaraan disertai oleh kakak aku (travel buddy) dan seorang forumer thread cari.. Perjalanan selama 5 hari 9-15/11/2012 akan menjangkaui sejauh 457 km dari bandar Perth.. ETA (Australia Electronic Visa) dah di sediakan dengan kos sebanyak RM 30. Wang AUD juga telah ditukar, tempat penginapan, kereta sewa telah ditempah. Selepas ni, aku akan update accomodation sepanjang 5 hari kat sana dan juga jadual pengembaraan kitorang. Padahal, entry bandung masih lagi berbaki terperuk di dalam draft..hihi.. semoga semangat mengupdate blog terus berkobar!! Sekian.

Santai di FRIM Kepong

Image
Assalamualaikum... Hari ni nak update entry pasal trekking ke FRIM Kepong.. cerita bandung simpan dulu dalam kocek..malas nak pilih gambar. Plan untuk ke FRIM memang dah lama, cuma sekarang baru berkesempatan nak pergi. Rombongan ke FRIM seramai 9 orang dari Klang. Kitorang 4 beradik + makayah+ 3 orang sepupu (Ayong, Qila & imkun). adik aku yang dh kawen tu tetibe nak join + 2 orang lagi. Hari Ahad, 8 Julai 2012. Lepas subuh aku tak sambung tido..hehe.. aku buat ape? Goreng karipap yang mak buat semalam.. karipap ni bekal untuk breakfast diFRIM. Bergerak dari rumah pukul 7.50 am. campur sesat semua, sampai jugak kat FRIM dlm pkl 9.00 am. Tol dari Setia Alam ke Tol Jln Duta RM 4.70. Campur Tol kat duke High way RM 2.00. Jumlah tol= RM 6.70. Untuk masuk ke FRIM, Satu kereta kena bayar RM 4 (kereta+driver) + RM1/ penumpang. Pagi ni orang tak berapa ramai, kejap je dah dapat parking. Before trekking, pekena teh tarik kaw Sementa mari. berkelah jap kat tepi kereta..hehe ...

Misi Bandung - Day 4 Part 1

Image
Assalamualaikum..lama gile tak update blog. Sume entry dah berhabuk dalam draft..hehe.. Last few weeks memang hidup agak berserabut dengan SIRIM audit, BV audit dan juga melayan customer Jepun yang very-very detail. Habis sume di koreknya. ok sambung untuk last 2 days in Bandung. Jom terjah day 4. Hari ni kitorang ke tangkuban perahu. Tempat menarik dibandung terbahagi kepada dua, Bandung utara dan bandung selatan. Tangkuban perahu terletak di bandung utara. Kitorang pilih ke Bandung utara sebab jarak perjalanan yang lebih dekat dalam satu jam dari kota bandung. Jika ke bandung selatan akan mengambil masa dalam 2-3 jam. bergantung kepada ke"macet"an bandung. Daripada info yang aku dapat kat forum cari, Kawah putih yang terletak dibandung selatan adalah lebih cantik pemandangannya berbanding tangkuban perahu di bandung utara. Tapi bergantung dengan tujuan dan masa yang korang ada. Kalau banyak masa mungkin boleh pergi kedua-dua tempat. kalau korang ke sana memang plan ...

Misi Bandung - Day 3

Image
Sambung hari ketiga Hari ni aku bersemangat breakfast Nasi Merah.sebab perut berkeroncong di seawal 7 pagi Nasikalermerah+tempe+ayam+serunding. breakfast hari ni lebih menepati selera aku. Pukul 9.30 kitorang berempat gerak ke Pasar Baru demi menghabiskan Rupiah yang ada. Pasar Baru ni adalah bangunan lapan tingkat. setiap tingkat jual barang-barang yang berlainan. yang aku ingat, tingkat paling bawah jual makanan macam kerepek-kerepek. Tingkat-tingkat lain ada yang jual barang-barang kulit, baju-baju, kain ela, tudung-tudung, t-shirt. Macam-macam ada. Kat sini boleh beli stail borong dan boleh jugak beli sikit-sikit. Kalau xsilap, ramai rakyat Malaysia yang berniaga baju-bajuan amik stok dekat sini. Ready, 1,2,3 GO!!! Misi membargain dan juga misi membeli dan membelah pun bermula. Shopping tak hengat. Siap tukar duit Rp 1 juta lagi..hehe..Alkisah tengah-tengah shopping duit abes. Gigih la cari Money Changer. Money changer berada di Lantai 3 Pasar Baru. Yang jage ni, auntie ci...

Misi Bandung - Day 2

Image
Sambung untuk hari kedua Malam tadi tido dalam keadaan tak berapa nak tenang, risau kawan aku yang dua orang tu tak sampai hotel, sampai termimpi. Diorang punya flight malam-malam jam 11.50 mlm dari LCCT. Pagi ni kitorang breakfast Nasi Uduk. Nasi putih+tempe+ayam+sambal yang dibungkus dengan daun pisang. Rase not bad. Walaupon aku bukan jenis yang breakfast berat-berat ni, for the time being will do la, sebab tak ade option lain. Breakfast is complementary kat POP hotel..Kalau nak makan sedap, ade breakfast yang berbyr. Since ade yg free, aku sapu jela..Benda free sape tak nak. ini la rupe nasik uduk After breakfast, kitorang dah start risau sebab kawan-kawan aku tak turun lagi. dah pesan awal-awal sebelum diorang naik flight semalam jumpe 8.30 pagi. aku check kat kaunter, kot-kot diorang tak sampai. nasib baik receptionist confirmkan yang diorang dah check in. Tunggu je la budak berdua tu. Pak ayi pulak dah sms bagi tahu dia dah tunggu kat luar, aku hampir-hampir nak pe...

AA promo

Assalamualaikum... Air asia sekarang tengah gigih buat promo, siap ade free seat lg. dan jugak route baru dari KL - BEIJING. sape-sape yang nak plan untuk jalan-jalan boleh la serbu website AA. Gigihkan diri anda untuk merebut ticket AA. Lupe nak bagitau, ticket tu untuk journey Jan 2013-May 2013. So, plan ahead la yek.. Aku yakin mesti berhempas pulas orang ramai nak rebut ticket. Ni aku bagi tips skit, korang jgn la masuk web AA pukul 12 on the dot..traffic jam.. waktu paling senang ialah pukul 4-6 pagi..sbb mase tu sume orang dh tido..hihi. Aku dh buat mase terrrrbeli ticket perth n korea bulan 2 hari tu..haha Untuk promo kali ni, aku bypass. Sbb poket dah berlubang balik dari bandung Isnin lepas..dan jugak tengah plan untuk next year punya career path.. ingatnya tahun depan nak resign. Nanti kalau dah beli ticket, takut tak mampu nak pegi. Membazir duit ticket la pulak.. tapi aku ade jugak jeling-jeling ticket ke Ho chi minh..owh...menderitanya sebab tak dapat nk gra...