Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 2.0
Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Mulai minggu depan, aku akan start busy dan takkan ada masa nak update blog, unless miracle happens. Somehow, miracles do happen ^^
Jom sambung cerita............
17th May 2013
Longji Rice terrace
Jom sambung cerita............
17th May 2013
Longji Rice terrace
Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pegi
sekolah.. eh2.. bukan, pegi jalan. Pagi tu, breakfast kat bilik masing-
masing. Tepat jam 8.30 pagi kitorang dah
melepak kat lobby. Tunggu bas.
Sambil- sambil tu sempat amik gambar kat
depan hostel. Masa tengah syok- syok posing sana sini, tetiba ade sorang
pakcik tegur. Dia speaking London sama kitorang. Ehh.. terkejut jugak.. dia
tanya kitorang dari mana, Indonesia ke? Owh.. tak la.. kami dari
Malaysia..terer pakcik speaking. Borak-borak kejap, rupa-rupanya dia ni professor
kat guilin university. Hamboi. Semalam jumpe homo, hari ni jumpe professor.
Pasni tak tau jumpa sape lak. Retis china? Jackie chan? Zhang Zi Yi? #berangan.
Kitorang bertukar-tukar duit syiling.katenye, beliau pengumpul syiling.dpt duit
1 yuan syiling. Lepas dh amik gmbr, pakcik pun bergerak ke tempat keje. Syiling
yang pakcik tu bagi ntah kat mana aku campak.hehe
Bas
sampai dlm pkl 9 lebih. Bila kitorang naik je, semua orang pandang.
Hehe. Feymes sungguh mak jemah(s). Diorang tak penah nampak retis Malaysia
bertudung macam kitorang. Kitorang tak expect tour guide boleh speak English.
Sebab amik mandarin kan. Rupe-rupenya mamat tu boleh speak English. Dalam bus,
dia bagitau diorang akan singgah kat Yao village. Tour yang ni tak
termasuk Yao village. Kalu nak masuk,
bayar RMB80. Ok la boleh je. Nak buat ape kalau kena tunggu lame-lame kat luar
kawasan kampung tu kan. Dalam bus tu, si
Leo, tourist guide tu cerita macam-macam.
Tak berapa nak paham, sebab dia
cite dalam mandarin. Yang English sikit je. Siap ade menyanyi bagai.
Kat Yao village boleh tengok la rumah-rumah diorang. Rasanya sumber pendapatan diorang adalah dari tourism. Rumah kaum yao biasanya tiga tingkat. Tingkat bawah untuk binatang ternakan seperti..babi. amboi. Mencarut nampak. Tingkat dua untuk aktiviti rumah. Tingkat tiga tempat tido. Masuk- masuk nampak peti ais. Besar pulak tu. Peti ais kat rumah aku pun kecik je. Ada la nampak jagung tergantung- gantung kat situ. Aku tak explore sangat sebab rumah dia bau busuk. Mungkin diorang ade bela babi (mencarut lagi?!) kat tingkat bawah. Sebab bau busuk tu dari tingkat bawah.
Next tengok persembahan pulak. Ade la dia
ajak dua tiga orang mamat naik. Nak tunjuk tradisi kaum yao. Kat sini, kalau perempuan
suka dengan laki tu, dia akan cubit bontot laki tu. Aummm.. yummy..tapi untuk
kaum yao je. Kalau pegi tempat lain, kaum lain jangan buat pulak. Kang korang
kena dakwa jadi pervert la pulak.
Sebelum persembahan bermula, kitorang dah
kena serbu dengan makcik-makcik jual barang. Sebabnya, kak ied ada beli barang
from one of the makcik. Pening aku. Dah macam lalat menghurung. Last-last nak
bagi diorang beredar, terpaksa la kitorang beli. Tension tau.
Untung lepas
diserbu, sempat cuci mata dengan sorang mamat ni. Muka macam redza minhat. Tapi
lagi hensem kot mamat ni. Tak dapat dikenalpasti beliau ni warganegara ape.
Mungkin Europe kot. Lepas dah menyanyi bagai. Kitorang pun keluar dari
situ.naik bas menuju ke rice terrace.
Teh beras masyarakat yao |
Persembahan rambut panjang |
bergambar dengan Profesor Guilin University |
Ini la waktu
yang dinantikan. Memang kalau diikutkan, nak pegi Longji rice terrace dulu.
Tapi sebab guide bawak ke sini, ikutkan jela.
Kitorang Cuma
diberi masa selama 3 jam untuk daki naik dan turun ke bawah. Pukul 3.30 mesti
dah ada kat tempat berkumpul. Perjalanan naik memang seksa. Semput, mengigil
otot-otot kaki mendaki. Tapi sambil tu sempat la singgah kejap, tengok-tengok
kawasan. Guide kitorang memang ada offer lunch ngn diorang. Tapi, kitorang
tolak dengan cara yang baik la. Ntah ape dia hidang dalam kedai tu. Pening aku.
Tengok kaki ayam satu besen semalam pun dah pening lalat.
Dah separuh
jalan, jumpa kedai buat teh. Dia tengah sangan daun teh tu. Kitorang tumpang
lepak sana. Sambil mencuba teh dia. Pahit. Payau. Ptuih. Tapi beli gak untuk
bapakku. Yang kecil harga dia RMB50. Yang besar aku tak hengat la pulak.
Kitorang minum the sambil makan bun giant
berintikan serunding. Ajak jugak orang tu makan. Mula-mula dia cam
malu-malu tanak amik. Dah dua tiga kali ajak, dia pun rasa serunding tu. Ha ko,
kan sedap. Masa ni masing-masing berbahasa isyarat. Haha.
Lepas dah
lepak-lepak tu. Kitorang teruskan pendakian. Umpama mintak nyawa. Sampai kat
atas, hujan la pulak. Berkabus. Dapat amik satu dua gambar sebelum hujan turun
mencurah2. Untung la ade rain coat. Klu x, basah lencun la jawab nya. Jom layan
gambar- gambar.
Pkl 3.30
berkumpul kat main entrance. Lepas tu bergerak balik ke Guilin. Dalam bas,
lepas solat, masing- masing tidur. Penat
mendaki la katakan.
Sampai kat
Bandar Guilin, bus dropped kitorang kat area Masjid. Masa ni dah terbayang
makanan. Lapar yang amat. Kitorang serbu Endian Restaurant. Order macam-macam.
Sempat lagi cuci mata dengan pekerja restaurant yang agak kacak (based on k.ied
n my sis opinion)..keke..makanan dia memang marvelous. Lagi-lagi satay
kambing..licin……Makan dah tak ingat dunia..hehe
Masa tengah ade
lagi satu group makcik pakcik pakai tudung dan songkok datang. Diorang tegur
kitorang. Maybe sebab kitorang ni unik kot. Haha. Semua nak tegur dan pandang.
Sebelum balik kitorang sempat bergambar buat kenangan dengan staff restaurant.
Celebrating birthday |
Satay kambing yang sedap |
kentang goreng yummy |
amik gambar dengan maryam |
Alamak, cubit bontot lelaki yg kita suka? hahahaha
ReplyDeleteChina yang luas dan byk tempat2 canteek.
Cepat Mak Jemah sambung misi..
Jea, Mak jemah busy sikit..post akan banyak tergendala.. semuanya dalam draf. xsempat mengayat.hehe
Deletei will try my best =)