Posts

Applying for Oman Visitor Visa for Malaysian

Assalamualaikum, Sempena Movement Control Order ni, aku kena so called "work from home". Maka, banyak lah masa terluang yang boleh digunakan. So, aku decide nak berkongsi cara-cara memohon visa oman bagi rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan ramai, rakyat Malaysia yang nak masuk Oman kena ade visa. Kena ingat juga, matawang Oman (OMR- Oman Riyal) adalah 11 kali ganda dari duit Malaysia. lebih kurang 1 OMR= 11 MYR. Sekarang ni, visa kena apply online sebelum masuk Oman. langkah pertama sekali pergi ke evisa.rop.gov.my dan buat sign up account. Document yang diperlukan adalah: 1. Gambar Passport - Soft Copy 2. Salinan Passport muka depan - Passport mesti valid sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh nak masuk Oman 3. Card Credit - untuk bayaran Harga untuk Warganegara Malaysia OMR5 - single entry (10 days) Visa type code: 26A - Tourist Visit Visa 10D untuk pengalaman aku, visa diluluskan dalam masa kurang 24 jam. Good luck!!!

Salam Taiwan: 24 -29 April 2019

Image
Setelah lama tidak berkarya, meh la kita menulis serba sedikit pasal Taiwan. Aku ke Taiwan pada 24 - 29 April 2019. Sekejap je. Nak clearkan baki cuti tahun 2018.  Route aku lebih kurang macam ni. Taipei - Hualien - Ruifang - Taipei Simple je. Jiufen yang terkenal tu pun aku tak pergi.  Since travel solo ni tak perlu tanya pendapat orang. So mostly  plan on the spot je.  Ikut cuaca hari tersebut.  Detail Itinerary as below: Day 1: Arrived Taipei. Taipei - Hualien by Train Day 2: Explore Hualien - Taroko Gorge, Swallow Grotto, Shakadang Trail, Qixingtan Beach Day 3: Haulien -  Ruifang by Train: Explore Bitou Cape Trail. Ruifang - Taipei. Malam explore Ximending Night Market Day 4: Explore Yangmingshan National Park - Calla Lily, Taipei Grand Mosque, Shilin Night Market Day 5: Explore Ximen by foot,  Chiang Kai Shek Memorial Hall, Taipei 101 Day 6: Explore Yangmingshan Park again- Xiaoyoukeng, Qingtiangang, Shilin Night Market (lagi...

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 2

Image
Sambungan untuk bahagian ke 2. Lepas bangun pagi dengan view yang superb tu, aku pun menikmati secawan kopi panas. I cannot live without coffee.  Dalam pukul 10 aku mula bergerak ke Bandar Canberra. Nak cari mechanic untuk check Aircond kereta. Rupa-rupanya sejenis orang Australia, everything must be book ahead. Kalau aku nak repair, kena tunggu turn nextweek baru ada slot. Dengan itu, aku decide, hidup lah tanpa aircond. Destinasi seterusnya adalah ke Masjid Canberra. Ingat nak menumpang mandi. Tapi berkunci rupanya Masjid itu. Boleh masuk dalam kawasan. tapi nak masuk ruang solat tak boleh pulak.  Aku just refill air paip dalam botol buat beristinjak jika perlu dan meneruskan perjalanan ke Booromba Hiking Trail. Dah lama tak bersatu dengan alam, sejak-sejak bekerja di kilang kentang. Masa ni, dah tengahari jugak. Aku cuma nampak ada satu kereta kat parking area.  Hiking Trail ni biasa-biasa je. Takde lah terlalu susah untuk orang-orang marhaen macam aku ni...

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1

Image
Sementara aku rajin ni, baik la aku sambung cerita Working Holiday Australia aku ni. Walau pun boleh tahan basi dia. Lama sangat. Tahun 2017-2018 Bulan 10 kira dah off season kentang. So, aku kerja sampai tengah bulan 10 je. Sementara nak tunggu season cherry bulan 12, aku merayau kejap. Lepas ni boleh merasa pengalaman Cherry picking. Ada masa aku cerita aku punya kerja. Aku buat keputusan nak ber road trip pun last minute. Asal jadi je. Ni kira aku punya first driving roadtrip solo kat Australia.  Dengan kereta Holden Commodore tahun 2001 Wagon, aku merayau.  Disebabkan plannya nak tidur dalam kereta je, sehari dua sebelum kejadian, aku gigih menjahit langsir untuk kereta aku 😂😂😂. Paul dengan Suzi gelak-gelak je dengan kegigihan aku ni. Lepas langsir dah siap, tukar minyak hitam kereta, check coolant, topup transmission oil - yang ni aku mintak budak Malaysia yang aku kenal tolong. Upah sikit-sikit. I'm off to my adventure. Eceh. Sebelum ke Canberr...

Misi 365 Hari: Keledek dan Tolga

Image
10.03.2017 Tarikh keramat dapat kerja bergaji. Aku dapat kerja di Tolga sebagai Pengutip/pembungkus keledek. Ala, yang korang selalu panggil sweet potato tu. Hari Pertama kerja, kena buat weeding. Apa benda weeding tu? buat segala tumbuhan perosak kat ladang keledek, terbongkok-bongkok aku buat kerja ni. Kira kali pertama dalam sejarah, bekerja diladang. Lemau tu dah memang la. Orang dah biasa kerja dalam ofiskan? Duduk dalam aircond setiap hari. Kat sini, dari 5.00 pagi - 11.00 pagi aku buat packing keledek kat packing house, pilih keledek yang elok dan pack masuk crate/ kotak ikut gred keledek. Satu crate berat dalam 16-18kg. Lepas tu rehat kejap dan sambung pulak digging keledek dekat ladang. Biasa habis kerja dalam pukul 3 - 4 petang. Kadang-kadang lajak sampai 6 petang. ikut pada nasib. Minggu pertama kerja, memang sakit badan. Rasa tangan aku ni kebas/bengkak setiap masa. Kulit tak payah tanya, memang "tanned". Kuku memang hancur bergelut tanah setiap hari. Sebab...

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Aku duduk Melbourne dalam 6 hari. Takde buat apa sangat, ada la satu hari tu sleep over rumah graphic designer yang kerja kat Melbourne.Kenal sebab duduk rumah yang aku tumpang tu la. networking kata orang.. Esoknya after brunch dengan housemate dan kawan-kawan diorang, aku pegi melepak kat library RMIT university, konon perasaan jadi student balik, hehehe balik dari library aku buat bread pudding sikit sebab nak habis roti yang melambak tu dan nak mengucapkan terima kasih kat tuan rumah yang baik  hati bagi aku tumpang rumah diorang. Hari sabtu pegi talk Dr Halina Siraj on managing Diversity, pegi makan nasik afghanistan and melawat Sorang ustaz yang stay dekat sini, kebetulan isteri beliau baru lepas melahirkan. Macam melawat baby kan. riuh budak-budak buat aku rindu keriuh rendahan keluarga kat Malaysi. Eceh. Ade la aku merayau pising Melbourne. Pegi Victoria state library. Bestnya Australia ni, library dia besar- besar (kat bandar). Kalau kat town kecik, ceruk macam mana ...

Misi 365 hari : Melbourne 1.0

Image
Assalamulaikum..... Aku takde planning nak buat buku ke apa, walaupun ada orang suggest suruh buat buku. Sebabnya aku memang tak istiqamah dalam menaip/rekod pengalaman mengembara ni. I write for fun and sharing purposes. Tak tau la nanti tetiba dapat ilham jadi travel writer. Macam tak mungkin je... So, after two month resignation notice and almost a month break, here I am in Australia. Currently I'm staying with friends of friends of friends of friends house for free (rolling eyes). I have to be conscious of my spending as whatever amount of money that I have must  be divide by 3.5 (crying). Touch down Melbourne Airport jam 9.40 malam, 14th Februari 2017. Ye, aku tau Valentines Day. Tapi aku tak sambut dan yang penting ticket paling murah time ni... Immigration was breeze. Tak ada pula kena soal apa-apa yang pelik. Dia just tanya apa visa aku sebab dekat arrival card aku tick nak duduk Australia selama setahun (hopefully, InsyaAllah). Cuma kena beratur panjang la..mema...

Australia working holiday visa for Malaysian

Assalamulaikum.. Blog ni dah bersawang. Banyak sangat sarang labah- labah. Saat catatan ini ditulis, aku dah berjaya mendapat Australia working holiday visa (AWHV) sesi 2016/2017. Mungkin masih ramai yang tak tahu apa benda working holiday visa ni. boleh klik kat link ni untuk panduan lebih lanjut. htt p://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/work_holiday_visa.html  Permohonon akan dibuka lebih kurang bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Tapi kita prepare lebih awal. Sebab ada banyak syarat-syarat dia. Syarat utama: 1) Umur : 18- 30 tahun 2) Ada degree atau sekurang-kurangnya dah/sedang belajar selama 2 tahun (degree). Kalau diploma ke, sijil ke, professional diploma ke, dia tak nak. Tapi kalau ko ada master's degree dia ok je. Jumlah visa yang ditawarkan hanya terhad kepada 100 tempat pada setiap tahun. Jadi, kita memang perlu berebutlah dengan orang lain. Dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan sebelum hari permohonan:- 1) Letter of good conduct daripada M...

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 5.0

Image
20th May 2013 This is the final day on our trip Hari ni plan nak pusing Hanoi je. Tak de ke mana. Tempat pertama kitorang singgah adalah kedai emas. bukan nak beli emas, tapi pengurup wang diorang memang kat kedai emas. Sebab kitorang tak banyak berbelanja kat China, so, duit Yuan memang banyak lebih.  Lepas tu, kitorang carik kedai makan. Sebab tak makan lagi. Restoran Nisa. halal ni, katanya orang Malaysia punya. Setakat entry ni ditaip, dengar cerita restoran ni dah tutup. Maklum la, cerita 2013. Tertunggak betul entry kat blog ni. Restoren ni siap ada surau. Masa solat Zuhur, terjumpa group of Malaysian yang nak pegi hiking ke Sapa. Sempat la borak- borak kejap. Nasib baik esok nak balik, kalau tak, memag kitorang join kot. hehe Masing-masing order kopi vietnam. Kak ied je Minum fresh orange. Bangunan sekitar Hanoi Kedai terompah. Cantik-cantik Ingatkan nak singgah kedai kain. nak beli kain cotton buat baju kurung. Malangnya, dah terl...

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 4.0

Image
Assalamualaikum.. Lama sungguh jemah menghilangkan diri..sibuk memanjang.. Dah nak abis tahun dah ni. azam jadi blogger tegar, tinggal azam je la..hehe..meh sambung cerita Jemah sekalian di Nanning Nanning Sebelum orang lain bangun, kitorang bangun pagi, gosok gigi dan solat.  Takut orang terkejut tengok kitorang terkangkang angkat basuh kaki kat sink je.. Dalam train ada toilet and wash basin.Tak mandi pun, cuci-cuci muka je. Sekitar jam 7.00 pagi kitorang sampai kat Nanning. Station keretapi Nanning agak besar. Rasanya lebih besar dari KL sentral. Nanning adalah sangat bahang. terasa panas walaupun baru jam 7.00 pagi. Mungkin sebab bulan 5 adalah summer. Kitorang simpan beg dulu. tak larat nak angkut tanggung jawab.yang berat-berat tu. tak ingat dah berapa kos dia. tapi memang affordable. Perkara pertama yang kitorang kena buat adalah beli ticket ke Hanoi. ikut rujukan www.seat61.com . Senang je nak beli ticket. Tapi kena tunjuk Passport masa nak beli tu. Perkara k...

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 3.0

Image
18 th  May 2013 Entry tertangguh. haha. maaf lah. Dilanda badai kesibukan belajar dan kerja. hampir saja aku putus asa. aku back dated kan entry ni supaya dia berturutan untuk menjadi rujukan kepada siapa-siapa yang berminat. yang tak beminat tu, just keep quiet, ok? Yangshuo Hari ni kitorang bangun awal. Nak kena amik bas ke Yangshuo. Sambil tu kemas-kemas beg. Malam ni nak naik train ke Nanning. Aku cuba untuk Nego kitorang check out lmbt. Semalam cuba nego, orang kaunter tak layan walaupun aku offer bayar extra kalau check out lambat.. Pagi ni, orang lain pulak yang jaga kaunter. Aku malas nak ckp nak check out lambat. Takut jadi macam semalam. Aku just mintak extend satu hari lagi. Kena tambah RMB 150. Boleh sangat la tu. Lagi pun share 4 orang kan. Kitorang perlukan tempat utk letak barang  dan bermandi manda selepas balik dari Yangshuo nanti. Dari hostel kitorang naik teksi ke Guilin bus station.  Nak beli tiket ke Yangshuo senang je. Pegi kat kaunter d...

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 2.0

Image
Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Mulai minggu depan, aku akan start busy dan takkan ada masa nak update blog, unless miracle happens. Somehow, miracles do happen ^^ Jom sambung cerita............ 17 th   May 2013 Longji Rice terrace Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pegi sekolah .. eh2.. bukan, pegi jalan. Pagi tu, breakfast kat bilik masing- masing.  Tepat jam 8.30 pagi kitorang dah melepak kat lobby. Tunggu bas. Sambil- sambil tu sempat amik gambar kat depan hostel. Masa tengah syok- syok posing sana sini, tetiba ade sorang pakcik tegur. Dia speaking London sama kitorang. Ehh.. terkejut jugak.. dia tanya kitorang dari mana, Indonesia ke? Owh.. tak la.. kami dari Malaysia..terer pakcik speaking. Borak-borak kejap, rupa-rupanya dia ni professor kat guilin university. Hamboi. Semalam jumpe homo, hari ni jumpe professor. Pasni tak tau jumpa sape lak. Retis china? Jackie chan? Zhang Zi Yi? #berangan. Kitorang bertukar-tukar duit syiling.katenye, beliau pengumpul ...