I am officially an aunt
Assalamualaikum.
Sepatutnya entry ni kena post masa 2012. Tapi sebab tak sempat nak menaip. So, bertabah je la ye korang. (Ade ke orang baca blog ni).
Tanggal 211112 keluarga kitorang menerima cucu sulung keluarga. Ahmad Aqil Bin Afiq. Berat time lahir 2.77 kg. Tapi lepas sebulan dah masuk 4.2 kg. Ish2.. ini mungkin berkat minum susu ibu perisa livita..
Ayah kemain suka lagi. Asal balik masjid je,
"Assalamualaikum, Ahmad Aqil".
"Assalamualaikum, Ahmad Aqil".
Mak pulak. Hampir sume aktiviti kampung mak ponteng. Sibuk jaga dilah pantang. Dan sibuk kelek cucu sulung.
To date Aqil dah masuk enam bulan. Muka dah tembam. Dah naik Walker pun.
Comments
Post a Comment