South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 6.0
29 Jan
2013
Nami
island
Masa
kitorang pegi name island tahun 2011, kitorang naik subway biasa je. Kali ni
nak cuba naik ITX. Fefeling subway express. ITX cuma akan berhenti di beberapa
station subway.
Masa
survey kat forum cari, nampak macam senang je beli ticket dia. Sekali, hambik
ko. Takde English dia punya instruction..
rase nak teriak time tu. Masa tu, mintak tolong dekat dua orang minah
korea untuk belikan ticket. Tapi dia kate tinggal yang kena berdiri. Kitorang
tak kisah. Tapi memang lost nak bagi tau yang kitorang nk beli standing seat
tu. Vocab korea aku tak terhad. Vocab English budak-budak tu pulak terhad. Daripada
yang budak tu cakap dan aku paham, standing tak payah ticket. Erk?? Yeke..
bagus la camtu. Kitorang pun selamba je tunggu kat platform. Tapi yang aku
pelik, aku tengok orang yang beli next, ade pulak ticket. Tak puas hati punya pasal, kitorang turun balik.
Masa ni, nampak satu family melayu. Depa pun tengah terkial-kial nak beli ticket ITX. Mujur lah waktu tu ada seorang mamat korea datang membantu. Rasanya, dia keje dengan ITX kot. Beli punya beli dapat next train. Kitorang terlepas train yang sekarang ni. Haih. Macam menyesal pun ade. Lagi baik naik subway ke Gapyeong. Daripada nak menunggu sampai sejam. Dah la sejuk. Tapi nak wat camne. Ticket dah beli. Duduk je la diam-diam kat platform. Tunggu untuk next train. Aku suggest, ITX ni, sila integrated kan dengan t-money. Senang sangat la. Tapi sampai sekarang, aku tak pasti, kalau naik ITX ni, kalau takde seat, kena beli ticket untuk berdiri atau tak.
Masa ni, nampak satu family melayu. Depa pun tengah terkial-kial nak beli ticket ITX. Mujur lah waktu tu ada seorang mamat korea datang membantu. Rasanya, dia keje dengan ITX kot. Beli punya beli dapat next train. Kitorang terlepas train yang sekarang ni. Haih. Macam menyesal pun ade. Lagi baik naik subway ke Gapyeong. Daripada nak menunggu sampai sejam. Dah la sejuk. Tapi nak wat camne. Ticket dah beli. Duduk je la diam-diam kat platform. Tunggu untuk next train. Aku suggest, ITX ni, sila integrated kan dengan t-money. Senang sangat la. Tapi sampai sekarang, aku tak pasti, kalau naik ITX ni, kalau takde seat, kena beli ticket untuk berdiri atau tak.
Cara-cara beli ticket ITX |
Sambil-sambil tu borak dengan family dari Malaysia. Diorang datang dengan mak. Ade 4 beradik kalau tak silap. Yang kakak tu tengah belajar. Buat degree kat Nottingham university. Cyberjaya. Yang lain-lain tu sekolah lagi. Ponteng sekolah sebab nak pegi korea. Tapi, memang salute la dengan mak depa ni, sanggup bawak anak jalan-jalan. Bapaknya tinggal kat rumah. Diorang cakap, mak dia dah 2,3 kali datang korea. Eh?? Makcik pun suka korea ke. Dengan mak diorang, tak borak. Sebab mak diorang kat bawah. Tak nak naik platform. Tak tahan sejuk. Tingal lah budak-budak tu kat platform. Around pukul 12, ITX sampai. Kitorang pun board ke Gapyeong. Yeay. Mari tido dalam train. ITX tersangat la selesa. Hihi. Siap ade heater lagi.
Sampai
kat Gapyeong, dah tak nampak mana family tu. Kitorang amik teksi ke Nami. Dalam
3K won je. Hari ni kat Nami Wharf tak berapa ramai. Masa ni, salji turun
renyai-renyai. Aku suka sangat. Yela, bila lagi nak bermain salji. Kesejukkan
kali ni, bearable. Mungkin teruja dengan salji yang turun. Hehe. Tambang feri
+ entrance fee ke Nami masih lagi 8K won
untuk foreigner. Tiada perubahan dari
2011.
Entrance to Gapyeong Ferry |
Rasa seronok pulak bila feri lalu kat tasik yang masih lagi separa beku. Konon- konon ade kat antartica la tu. Hehe. Yang tak nampak Cuma peguin atau sea lion je.
Jalan-
jalan kat sini amik gambar. Musim sejuk, sewa basikal takde. Kedai tutup. Huhu.
So, menapak jela. Diorang ade sediakan
unggun api kat few places. To keep us warm. Best betul feel dia time tu. Kat
sini, kitorang beli rice cake yang dibakar dan disalut dengan gula cair. Rasa
liat-liat campur manis. Tapi sedap jugak. Harga dia 1K won. Tak cukup satu,
kitorang beli lagi satu.
Entrance to musolla |
Suasana Nami in winter |
Usai
solat, Kitorang carik kedai makan halal. Yang ade nasik goncang tu. Gigih jugak
la carik. Hampir satu nami kitorang tawaf. Oke. Tu tipu. Rupa-rupanya, sederet
dengan bangunan surau, Cuma agak tersorok kat bahagian belakang. Cis. Hampir
putus asa aku mencari. Mungkin ini rezeki. Haha. Dengan perasaan tamak. Tambah,
lempeng sotong+daunkuchai+daunbawang. Alhamdulillah. Kenyang..dan tak habis..
membazir betul.
Pankek |
Rice cake salut gula |
Habis sesi isi perut, kitorang
bercamwhore, amik gambar sana sini. And then, decide, jom la balik. Dah takde
apa mau dilihat lagi. Pemandangan memang cantik masa musim sejuk. Tapi, aku
lebih prefer autumn. Mungkin nampak lebih hidup dengan warna-warnI. Sementelah,
musim sejuk cuma boleh melihat warna putih dangan pohon- pohon gondol.
Batak salji |
Balik ke
seoul naik subway je. Sebab ITX lambat lagi. Kitorang berdiri sepanjang
perjalanan .Dari gapyeong, kitorang berhenti kat Jonggak. Kena transfer
line. Rasanya kat cheongyangni. Kena check balik subway map.
Sampai ke
seoul dalam pukul 7. Kitorang singgah CNN café. Tengok channel CNN dengan minum
kopi. Lepaskan lelah berdiri. Pinggang hampir mau tercabut. Makan roti sekali. Sebenarnya nak cari Yp book store. Since tak
jumpa, lepak dulu. chillax. Isi battery
perut.
Lepas
makan, carik ATM, ada orang nak keluarkan duit. Sebab banyak sangat kiriman
dari Malaysia sampai susut won. ATM dia
ada sediakan sampul duit. Haha. Aku yang tak berapa nak jakun ni, kutip 5, 6
keping sampul. Amik berkat. Hehehe..
Berkat kegighan kitorang, akhirnya, jumpa
jugak YP book store. Kali ni, terus save note. Jonggak station, Exit 3. Keep in
mind. Never forget. Boleh pegi lagi. Yp
bookstore ni macam MPH la. Tapi, barang- barang yang dia jual lebih menarik.
Buku- buku tak dan nak beli sebab 90% adalah dalam hangul. Mungkin sebab barang-barang yang dia jual
cute- cute, atau mungkin sebab duit won banyak lagi, Kat sini aku beli 4 notebook.
Kononnya untuk sambung belajar bulan 9
nanti. Hamik ko. Lame lagi pulak tu. Kalau belajar tak rajin, tak tau la aku. Memborong sampai kedai nak tutup. Baru la
kitorang reti nak bergerak balik. Singgah
jap kat insadong. Tempat feveret kitorang. Banyak kedai dah tutup time ni. Tapi
saje strolling. Buang masa. Menikmati malam terakhir kat Korea. Balik Hostel,
kemas barang-barang dan beradu.
Comments
Post a Comment