South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 2.0
25 Jan 2013
Hongdae- Busan
Hari ni, ikut plan akan ke busan. Tapi sebelum tu nak kena
shopping beli my sis punya winter Jacket. Semalam sesi memburu baju di
Myeongdong tak menampakkan hasil.
Cuaca hari ni dijangka -10C. sesejuk semalam. Sejuk macam nak nangis, di
tambah oleh angin dari Siberia yang
sepoi- sepoi bahasa. Kejang segala muscle kaki.
Kitorang tinggal luggage kat Stay Korea. Letak je kat dlm
bilik kecik kat common room tu. Kitorang pun menapak dengan gigih ke hongdae. Masa
datang 2011, ada flea market berdekatan Hongik university. Tapi musim sejuk ni,
dia tak bukak pulak.
Masuk kedai pertama, kakak aku terus berkenan dengan satu
jacket kaler pink-peach. Terus beli dan pakai. Penat jugak mintak diskaun dari
ahjusshi tu. Kebetulan dia baru je bukak kedai. Macam biasa communicate guna
calculator. Haha. Ahjusshi jugak dengan konfiden tanya, Malaysia?..kitorang pun
mengiye kan jela..
Lepas tu, terus gerak ke Seoul station. Kat Seoul Station, kitorang tukar slip KR pass yang dah di reserve dari Malaysia dan dapat satu pass. Istimewa untuk warga asing yang datang melawat ke korea. Harga untuk pass tiga hari 76100 won. Kena buat reservation dulu. Sila check dekat website korail. www.korail.com. Pass ni ade banyak jenis. 1- day, 3-day, 5-day, 7 day dan 10-day. Harga untuk kanak-kanak, separuh dari harga dewasa. Bila buat reservation dari website, kena print out confirmation. Pastu tukar kat kaunter korail. Kitorang tukar kat seoul station. Kaunter ni bersebelahan dengan traveller info centre. Jangan tersilap pegi kat kaunter ticket pulak. Bila dah tukar tu, dia akan bagi satu kad untuk kita. Bila nak beli ticket, just tunjukkan kad tu je. Tak payah nak bayar lagi. KR Pass tu akan digunakan untuk beli ticket ke
mana-mana destinasi menaiki Korail train. Baik mungunghwa, saemeul atau KTX.. Pilih
je. Kitorang semestinya nak ambil yang paling cepat dan pantas. Lets ride the
KTX.huhu.
Kat seoul station ade beberapa skrin yang akan display train
schedule. Yang aku perhatikan, kat sini, train adalah satu pengangkutan awam
yang penting. Korean beli dan terus naik
train. Macam bas awam. Cuma bezanya ade seating je. Pengangkutan awam dia
memang super-efficient. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku suka korea
selain pemandangan yang cantik-cantik. Aku bukan nak mengutuk, just nak
meluahkan pandangan. Rasanya KL sentral masih perlu banyak penambahbaikkan
kalau nak sama taraf dengan seoul station ni. Gambar memang takde time ni.
Argh..menyesal tak amik gambar. Tapi masa tu, aku memang kalah dengan
kesejukkan seoul. Tangan sentiasa dipocket. Walaupun dah beli glove, masih tak
dapat nk menyelesakan tangan aku.
Sementara nak tunggu train kitorang pukul 1.15 petang, kitorang
mengopi kat Beans and Berry. Aku minum blueberry tea latte. Kakak pulak minum
caramel macchiato. Nama kopi kemain glamour sesuai dengan rasa dia yang sedap
tu. Rasa blueberry tea latte memang
superb. Aku masih teringat-ingat teh tu..menangis nak lagi…wuwuwu..
Dalam pukul 1.00 kitorang bergerak ke platform. Orang tak
ramai lagi. Mungkin semua tak nak bersejuk-sejuk. Dari Seoul ke busan ambil
masa dalam 2.5 hours. Seating
arrangement adalah 2-2. Kat dalam ni, memang selesa. Seat lebih besar dan selesa
jika nak dibandingkan dengan dengan Air asia. Hehe ^_^ . Ada jugak orang jual-
jual dalam tu. Macam dalam air asia. Aku tengok kat dlm cart tu, ade nasik,
telur, jajan-jajan dan air minuman. Nampak sedap. Tapi tak beli. Sebab kitorang
dah menapau jajan kat Story way masa di seoul station.
Aku tido sepanjang perjalanan. Penat sangat. Qada tido
semalam yang tak lena disebabkan muscle cramp. Kitorang sampai di Busan dalam
pukul 3.50 petang. Stesen Busan lebih kurang besarnya macam Seoul. Memang ramai
yang guna train kat sini. Aku siap- siap tukar ticket untuk ke suncheon lusa. Route
ke suncheon dari Busan adalah seperti berikut Busan- Samnangjin- Suncheon.
Ticket kitorang pukul 6.35 pagi. Gigih la nak bangun pagi time sejuk-sejuk ni.
Untuk route ni tak ade KTX. Yang ade hanya Mungunghwa. Waktu yang diambil
adalah dalam 4-5 jam. Aku akan cerita
secara terperinci dalam entry yang akan datang, bila sampai waktunya. O_o
Busan Station |
Dalam train, orang memang ramai. Kitorang kena berdiri
sebelah oppa handsome. Hihi..gedik kejap. Kat dalam train ramai jugak yang
pandang-pandang kitorang. Mungkin sebab orang bertudung kurang datang Busan?
Ade sorang nenek – Ahjumoni, siap offer nak pegangkan beg plastic yang akak aku
bawak. Hehe.. Pastu terjadi la perbualan antara kitorang dengan ahjumoni.
Ahjumoni:
‘fili..filipina?’
Aku: ‘no. Malaysia’
Ahjumoni angguk-angguk. Aku senyum. Ahjumoni senyum dan cuba untuk berinteraksi
lagi.
Ahjumoni: x@1$%^&*.. Chinggu…_+@#$%^&? (sambil
tunjuk-tunjuk kat aku and kakak)
Aku: No, unni (sambil
tunjuk kat kakak), dongsaeng (tunjuk kat diri sendiri)..ahjumoni angguk- angguk
lagi.
Aku pun senyum lagi.
Ahjumoni: @#$%^&*_+*~?
Aku geleng kepala. Tanda xpaham. Pastu Ahjumoni tunjuk tanda
isyarat tido. Haha.. aku gelak je..
Aku: Haeundae. Ahjumoni kerut dahi. (tak paham kot).
Haeundae. Haeundae ? (salah pronounce ke?)
Ahjumoni: ah..haeundae..angguk lagi..
Tetiba, oppa handsome yang berdiri sebelah aku tegur.
Oppa: excuse me, do you speak English?
Aku: yes. (teruja kejap)
Oppa: are you going to haeundae? (dalam hati: omo oppa
mengopeng kitorang borak ye ? haha..)
Aku: Yup.
Oppa: the next stop is seomyeon. You can exchange the train
to haeundae. (senyum)
Aku: Is it? Thank you. kamsahamnida (Sambil tunduk-tunduk).
Padahal aku dah tau..haha..takpe la.. oppa dah baik hati nak bagi tau kan..
kitorang pun berbabai dengan ahjumoni jugak. Sambil berkamsahamnida
(tunduk-tunduk). Kitorang pun sama-sama turun dari train dan bergerak ke untuk
tukar line. Owh.. rupanya oppa pun nak menghala ke haeundae ye..
Dalam train borak-borak sikit ngan oppa. Dia tanya kitorang
buat apa kat Busan. Aku pun explain la kitorang ni nak bersightseeing. Oppa
angguk. Dan wish kitorang, have a nice trip. Sambil senyum.cair aku..aku senyum
balik.dah sudah. Ni yang tak nak balik Malaysia ni..hehe..Cinta ku tertinggal
di Busan? Haha..#berangan. Dengan itu oppa pun turun dari train. Babai oppa..
sob..sob
Kitorang terus sampai ke Haeundae. Jauh gak menapak dari
subway station, dalam 10 minit ke Indyhouse. Kitorang check in, bayar fee untuk
dua malam. Mamat yang jaga kaunter bagi pamphlet Busan dan Haeundae. Kaunter check
in kat tingkat dua. Bilik kitorang kat tingkat tiga. Naik lagi.. hadoi..tapi,
Bila masuk bilik je, wah……….comel sangat..tapi disebabkan aku kejar waktu asar.
Cepat-cepat amik wudhuk dan solat. Bilik air pun comel. Ok..sabar. solat dulu
baru mengagumi interior bilik ni. Lepas solat. Kitorang amik gambar bilik.
Batak jap. Pastu, masing-masing senyap,
terlelap..Malam tu, kalau ikut plan nak pusing area Haeundae. Tapi sebab bilik
comel punya pasal, kitorang duduk dalam bilik. Menikmati keindahan bilik.
(huh??) @_@
check busan map nak ke indy house |
Comel tak katil kitorang ? |
Lepas solat dan bermandi- manda, kitorang naik ke tingkat empat. Kawasan common
room. Aku pun.. wah.. (lagi).. layan gambar je la.. aku malas nak mengayat nak
cerita pasal indyhouse ni sebab interior dia memang wah!!
Kitorang makan malam sambil tengok TV. Ade cite korea yang
best. Padahal takde subtitle pun..Masa tengah lepak- lepak depan TV, jumpa kawan baru, Han JungSook.. comel..
sebaya dengan Jeon ina..student university. Dia kata dia saja jalan-jalan habiskan
cuti sem kat Busan. Dia duduk kat Gangnam –wah! (lagi). Gelak je minah tu, bila
kitorang ber wah-wah… Lastly Jung sook ajak kitorang join dia berjalan-jalan
kat area Busan dengan dia. Pucuk dicita, ulam mendatang. Janji untuk Jumpa
pukul 10 pagi keesokkan harinya. Lepas tu dia pun excuse, nak tido katanya. Aku
sambung tengok TV. Ade cerita Cheongdamdong alice. Best pulak.Layan…
Comments
Post a Comment