Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 3.0
18 th May 2013 Entry tertangguh. haha. maaf lah. Dilanda badai kesibukan belajar dan kerja. hampir saja aku putus asa. aku back dated kan entry ni supaya dia berturutan untuk menjadi rujukan kepada siapa-siapa yang berminat. yang tak beminat tu, just keep quiet, ok? Yangshuo Hari ni kitorang bangun awal. Nak kena amik bas ke Yangshuo. Sambil tu kemas-kemas beg. Malam ni nak naik train ke Nanning. Aku cuba untuk Nego kitorang check out lmbt. Semalam cuba nego, orang kaunter tak layan walaupun aku offer bayar extra kalau check out lambat.. Pagi ni, orang lain pulak yang jaga kaunter. Aku malas nak ckp nak check out lambat. Takut jadi macam semalam. Aku just mintak extend satu hari lagi. Kena tambah RMB 150. Boleh sangat la tu. Lagi pun share 4 orang kan. Kitorang perlukan tempat utk letak barang dan bermandi manda selepas balik dari Yangshuo nanti. Dari hostel kitorang naik teksi ke Guilin bus station. Nak beli tiket ke Yangshuo senang je. Pegi kat kaunter d...