Posts

Showing posts from October, 2012

R.I.P

Image
Rest in peace, you will be miss Galaxy SII (July 2011- September 2012) P/s: lets find new adik..hihi

Perth, Western Australia -Spring, Episod Pengenalan.

Assalamualaikum, ini adalah entry pendahuluan untuk trip Perth pada November 2012 Counting days..hihi..semangat utk pergi membuak-buak, melebihi semangat kerja yang semakin susut.. Pengembaraan disertai oleh kakak aku (travel buddy) dan seorang forumer thread cari.. Perjalanan selama 5 hari 9-15/11/2012 akan menjangkaui sejauh 457 km dari bandar Perth.. ETA (Australia Electronic Visa) dah di sediakan dengan kos sebanyak RM 30. Wang AUD juga telah ditukar, tempat penginapan, kereta sewa telah ditempah. Selepas ni, aku akan update accomodation sepanjang 5 hari kat sana dan juga jadual pengembaraan kitorang. Padahal, entry bandung masih lagi berbaki terperuk di dalam draft..hihi.. semoga semangat mengupdate blog terus berkobar!! Sekian.

Santai di FRIM Kepong

Image
Assalamualaikum... Hari ni nak update entry pasal trekking ke FRIM Kepong.. cerita bandung simpan dulu dalam kocek..malas nak pilih gambar. Plan untuk ke FRIM memang dah lama, cuma sekarang baru berkesempatan nak pergi. Rombongan ke FRIM seramai 9 orang dari Klang. Kitorang 4 beradik + makayah+ 3 orang sepupu (Ayong, Qila & imkun). adik aku yang dh kawen tu tetibe nak join + 2 orang lagi. Hari Ahad, 8 Julai 2012. Lepas subuh aku tak sambung tido..hehe.. aku buat ape? Goreng karipap yang mak buat semalam.. karipap ni bekal untuk breakfast diFRIM. Bergerak dari rumah pukul 7.50 am. campur sesat semua, sampai jugak kat FRIM dlm pkl 9.00 am. Tol dari Setia Alam ke Tol Jln Duta RM 4.70. Campur Tol kat duke High way RM 2.00. Jumlah tol= RM 6.70. Untuk masuk ke FRIM, Satu kereta kena bayar RM 4 (kereta+driver) + RM1/ penumpang. Pagi ni orang tak berapa ramai, kejap je dah dapat parking. Before trekking, pekena teh tarik kaw Sementa mari. berkelah jap kat tepi kereta..hehe