Posts

Showing posts from 2014

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 4.0

Image
Assalamualaikum.. Lama sungguh jemah menghilangkan diri..sibuk memanjang.. Dah nak abis tahun dah ni. azam jadi blogger tegar, tinggal azam je la..hehe..meh sambung cerita Jemah sekalian di Nanning Nanning Sebelum orang lain bangun, kitorang bangun pagi, gosok gigi dan solat.  Takut orang terkejut tengok kitorang terkangkang angkat basuh kaki kat sink je.. Dalam train ada toilet and wash basin.Tak mandi pun, cuci-cuci muka je. Sekitar jam 7.00 pagi kitorang sampai kat Nanning. Station keretapi Nanning agak besar. Rasanya lebih besar dari KL sentral. Nanning adalah sangat bahang. terasa panas walaupun baru jam 7.00 pagi. Mungkin sebab bulan 5 adalah summer. Kitorang simpan beg dulu. tak larat nak angkut tanggung jawab.yang berat-berat tu. tak ingat dah berapa kos dia. tapi memang affordable. Perkara pertama yang kitorang kena buat adalah beli ticket ke Hanoi. ikut rujukan www.seat61.com . Senang je nak beli ticket. Tapi kena tunjuk Passport masa nak beli tu. Perkara kedua yang

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 3.0

Image
18 th  May 2013 Entry tertangguh. haha. maaf lah. Dilanda badai kesibukan belajar dan kerja. hampir saja aku putus asa. aku back dated kan entry ni supaya dia berturutan untuk menjadi rujukan kepada siapa-siapa yang berminat. yang tak beminat tu, just keep quiet, ok? Yangshuo Hari ni kitorang bangun awal. Nak kena amik bas ke Yangshuo. Sambil tu kemas-kemas beg. Malam ni nak naik train ke Nanning. Aku cuba untuk Nego kitorang check out lmbt. Semalam cuba nego, orang kaunter tak layan walaupun aku offer bayar extra kalau check out lambat.. Pagi ni, orang lain pulak yang jaga kaunter. Aku malas nak ckp nak check out lambat. Takut jadi macam semalam. Aku just mintak extend satu hari lagi. Kena tambah RMB 150. Boleh sangat la tu. Lagi pun share 4 orang kan. Kitorang perlukan tempat utk letak barang  dan bermandi manda selepas balik dari Yangshuo nanti. Dari hostel kitorang naik teksi ke Guilin bus station.  Nak beli tiket ke Yangshuo senang je. Pegi kat kaunter dan beritahu de

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 2.0

Image
Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Mulai minggu depan, aku akan start busy dan takkan ada masa nak update blog, unless miracle happens. Somehow, miracles do happen ^^ Jom sambung cerita............ 17 th   May 2013 Longji Rice terrace Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pegi sekolah .. eh2.. bukan, pegi jalan. Pagi tu, breakfast kat bilik masing- masing.  Tepat jam 8.30 pagi kitorang dah melepak kat lobby. Tunggu bas. Sambil- sambil tu sempat amik gambar kat depan hostel. Masa tengah syok- syok posing sana sini, tetiba ade sorang pakcik tegur. Dia speaking London sama kitorang. Ehh.. terkejut jugak.. dia tanya kitorang dari mana, Indonesia ke? Owh.. tak la.. kami dari Malaysia..terer pakcik speaking. Borak-borak kejap, rupa-rupanya dia ni professor kat guilin university. Hamboi. Semalam jumpe homo, hari ni jumpe professor. Pasni tak tau jumpa sape lak. Retis china? Jackie chan? Zhang Zi Yi? #berangan. Kitorang bertukar-tukar duit syiling.katenye, beliau pengumpul syiling.d

Misi Mak Jemah(s) Merentasi China-Vietnam Bahagian 1.1

Image
Assalamualaikum semua.................... Sementara cuti sem ni, aku banyak pulak masa terluang time malam dan hujung minggu..dapat la sambung menaip. sambil-sambil tu merangka itinerary kansai. Sambung dari sini Bila dah tengok yang ade tinggalan masjid je, rasa nak menangis.. dah la kebulur tahap langit petala ke-7 nak tak nak kitorang pun menapak.  Masa ni, kak ied cakap, Makan megi la malam ni nampaknya..pasrah betul ayat!! untuk kali terakhir, k itorang cuba nasib tanya-tanya kat orang sekekeliling. Nak jugak carik kedai makanan halal. Perut kebulur nasik.  Kitorang pusing-pusing melintas jalan yang sama dua, tiga kali. Hebat dok? Akhirnya, Nampak satu kedai. Ade signboard halal. Serbu. Menu dia ada dalam English. Kitorang order ayam goreng, Daging masak pepper, sup cendawan. Okeh. Tu je. Bismillahhirramanirrahim..ngap3. glup3..korang bayangkan pacman makan. habis!! Masa  tengah makan, tetiba ade satu bus nampak la makcik-makcik  pakai tudung ikat belakang. Dengan pakcik –

Misi Mak Jemah Merentasi China-Vietnam Bahagian 1.0

Image
Assalamualaikum...... Aku sebenarnya, tak penah terfikir pun nak menjelajah ke China. Walaupun orang tua- tua ade cakap, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Tu dia aihhh. nak bagitau yang China tu jauh sangat. Asal idea ni semua dari kakak aku. aku just menambah part hujung-hujung. Akhirnya, terjadi la trip Guilin - Hanoi ni. 16 th May 2013 Embark our Journey to the Mainland of China. Four of us, Me. My Sis. Kak ied. Irma. Four Mak jemahs. We fly from LCCT to Guilin at 6.25 am. Masing- masing cuma berbackpack. Takde luggage untuk di check in. Furthermore, aku memang tak berapa gemar nak check in luggage. Sebab akan kena beratur panjang dan agak menyusahkan. I travel light.  Waktu perjalanan adalah selama empat jam. Tiada perubahan zon masa antara Malaysia dan China. Masih lagi di GMT +8. Dalam flight aku tidoq. sampai kak aku kejut suruh makan lasagna. keke..irma pun gigih bersarapan.. Touch down Liangjiang airport dalam pukul 10.15 pagi. Cepat sikit dari waktu yang

South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 6.0

Image
29 Jan 2013 Nami island Masa kitorang pegi name island tahun 2011, kitorang naik subway biasa je. Kali ni nak cuba naik ITX. Fefeling subway express. ITX cuma akan berhenti di beberapa station subway. Masa survey kat forum cari, nampak macam senang je beli ticket dia. Sekali, hambik ko. Takde English dia punya instruction..  rase nak teriak time tu. Masa tu, mintak tolong dekat dua orang minah korea untuk belikan ticket. Tapi dia kate tinggal yang kena berdiri. Kitorang tak kisah. Tapi memang lost nak bagi tau yang kitorang nk beli standing seat tu. Vocab korea aku tak terhad. Vocab English budak-budak tu pulak terhad. Daripada yang budak tu cakap dan aku paham, standing tak payah ticket. Erk?? Yeke.. bagus la camtu. Kitorang pun selamba je tunggu kat platform. Tapi yang aku pelik, aku tengok orang yang beli next, ade pulak ticket.  Tak puas hati punya pasal, kitorang turun balik.  Masa ni, nampak satu family melayu. Depa pun tengah terkial-kial nak beli ticket ITX. Mujur