Posts

Showing posts from 2012

Singapore short trip

Image
#edited#republish Assalamualaikum.  Jumaat minggu lepas aku diarahkan oleh bos ke Singapore. Ada customer complaint product company kitorang. Sebagai pekerja yang berhemah, aku pun menurut perintah.hehe. Seawal jam 4.00 pagi aku gerak dan sampai ke LCCT lebih kurang 4.50 pagi. Masuk je dalam perut pesawat aku pun terbang ke New Zealand.zzzzz.. Landing kat Changi airport lebih kurang jam 7 pagi. Breakfast hari ni, ala mat salleh. Sandwich telur, hash brown dan latte kat Burger King. Harga SGD 8.75 Urusan kerja habis dalam jam 11.30 pagi. Rehatkan badan sekejap sebelum lunch dengan kawan sekerja dari Singapore office. Kitorang ambil cab dari office ke Tiong Baru Plaza. Lunch aku nasik ayam penyet  since itu la satu-satunya makanan halal yang aku nampak kat food court tu. Harga dalam SGD 5.90. Dari Tiong Baru Plaza, ada MRT. tapi sebab kawan aku tu nak pegi kat tempat lain, maka berteksi la kami. Drop dia kat bangunan ape ntah. Nak ambil exam hazardous substances kate

Misi Bandung- Day 4 part 2

Image
Assalamualaikum.. Mari habiskan entry Bandung. Dah berkarat kt dlm draft ni..huhu Lepas ke tangkuban perahu, kami bergerak ke Sari ater Hot Spring Entry fee adalah sebanyak Rp18k per person Kawasan hot spring ni agak besar, kat dalam ni ada juga kedai makan dan kedai souvenier. Tapi aku tak beli la. Duit rupiah dah susut.hehe. kitorang isi perut kat sini. Makan memang tak pandang kiri kanan. Lapo punya pasal. Lepas makan kitorang solat Zuhur dan Asar disurau yang disediakan. Disini,surau dipanggil musolla bermaksud tempat bersolat. Musolla dia agak besar dan selesa. Sari ater hot spring memang tersangat luas, dah macam kawasan air terjun. Terdapat kolam untuk mandi- manda. Air terjun pun ada. Tapi tak berapa nak pasti sejuk atau panas. Ada juga kolam cetek yang disediakan untuk merendam kaki. Untuk kitorang, cukup lah sekadar merendam kaki. Macam terlebih- lebih pulak kalau nak mandi. Lebih- lebih lagi, kawasan agak padat dengan pengunjung. Mungkin sebab hari Ahad. Walaupu

Western Australia- Perth Accomodation

Assalamualaikum.. Mari menaip entry dari telefon pintar..yeehaa Lets start Perth entry with my list of accomodation during my visit to Western Australia. My route will be as below Perth→Fremantle→AIbany→Denmark→ Walpole→Augusta→ Margaret River→Busselton→ Perth→ Fremantle Day 1-Albany 1849 Backpacker Address: Albany contact Person: Danny Room rate: AUD 30/Pax for triple room Day 2-Walpole Tingle All Over YHA Address: Walpole, 60 Nockolds street, Walpole 6398 Room rate: AUD 31.35/pax for triple room Website:www.yha.com.au Day 3- Busselton Amaroo motel Address: 31 Bussell Highway, Busselton, Margaret river wine region, Australia. Contact no: +61269477200 Room rate: AUD 34/pax for triple room Day 4- Perth Beatty Lodge Address: 235, Vincent street, Perth. Room rate: AUD 34/pax for triple room website: www.beattylodge.com.au Day 5- Sleep in airport..haha. Since our flight is in 6.45 am the nextday Baik tidur di airport. Yang alamat tiada diatas tu, s

R.I.P

Image
Rest in peace, you will be miss Galaxy SII (July 2011- September 2012) P/s: lets find new adik..hihi

Perth, Western Australia -Spring, Episod Pengenalan.

Assalamualaikum, ini adalah entry pendahuluan untuk trip Perth pada November 2012 Counting days..hihi..semangat utk pergi membuak-buak, melebihi semangat kerja yang semakin susut.. Pengembaraan disertai oleh kakak aku (travel buddy) dan seorang forumer thread cari.. Perjalanan selama 5 hari 9-15/11/2012 akan menjangkaui sejauh 457 km dari bandar Perth.. ETA (Australia Electronic Visa) dah di sediakan dengan kos sebanyak RM 30. Wang AUD juga telah ditukar, tempat penginapan, kereta sewa telah ditempah. Selepas ni, aku akan update accomodation sepanjang 5 hari kat sana dan juga jadual pengembaraan kitorang. Padahal, entry bandung masih lagi berbaki terperuk di dalam draft..hihi.. semoga semangat mengupdate blog terus berkobar!! Sekian.

Santai di FRIM Kepong

Image
Assalamualaikum... Hari ni nak update entry pasal trekking ke FRIM Kepong.. cerita bandung simpan dulu dalam kocek..malas nak pilih gambar. Plan untuk ke FRIM memang dah lama, cuma sekarang baru berkesempatan nak pergi. Rombongan ke FRIM seramai 9 orang dari Klang. Kitorang 4 beradik + makayah+ 3 orang sepupu (Ayong, Qila & imkun). adik aku yang dh kawen tu tetibe nak join + 2 orang lagi. Hari Ahad, 8 Julai 2012. Lepas subuh aku tak sambung tido..hehe.. aku buat ape? Goreng karipap yang mak buat semalam.. karipap ni bekal untuk breakfast diFRIM. Bergerak dari rumah pukul 7.50 am. campur sesat semua, sampai jugak kat FRIM dlm pkl 9.00 am. Tol dari Setia Alam ke Tol Jln Duta RM 4.70. Campur Tol kat duke High way RM 2.00. Jumlah tol= RM 6.70. Untuk masuk ke FRIM, Satu kereta kena bayar RM 4 (kereta+driver) + RM1/ penumpang. Pagi ni orang tak berapa ramai, kejap je dah dapat parking. Before trekking, pekena teh tarik kaw Sementa mari. berkelah jap kat tepi kereta..hehe

Misi Bandung - Day 4 Part 1

Image
Assalamualaikum..lama gile tak update blog. Sume entry dah berhabuk dalam draft..hehe.. Last few weeks memang hidup agak berserabut dengan SIRIM audit, BV audit dan juga melayan customer Jepun yang very-very detail. Habis sume di koreknya. ok sambung untuk last 2 days in Bandung. Jom terjah day 4. Hari ni kitorang ke tangkuban perahu. Tempat menarik dibandung terbahagi kepada dua, Bandung utara dan bandung selatan. Tangkuban perahu terletak di bandung utara. Kitorang pilih ke Bandung utara sebab jarak perjalanan yang lebih dekat dalam satu jam dari kota bandung. Jika ke bandung selatan akan mengambil masa dalam 2-3 jam. bergantung kepada ke"macet"an bandung. Daripada info yang aku dapat kat forum cari, Kawah putih yang terletak dibandung selatan adalah lebih cantik pemandangannya berbanding tangkuban perahu di bandung utara. Tapi bergantung dengan tujuan dan masa yang korang ada. Kalau banyak masa mungkin boleh pergi kedua-dua tempat. kalau korang ke sana memang plan

Misi Bandung - Day 3

Image
Sambung hari ketiga Hari ni aku bersemangat breakfast Nasi Merah.sebab perut berkeroncong di seawal 7 pagi Nasikalermerah+tempe+ayam+serunding. breakfast hari ni lebih menepati selera aku. Pukul 9.30 kitorang berempat gerak ke Pasar Baru demi menghabiskan Rupiah yang ada. Pasar Baru ni adalah bangunan lapan tingkat. setiap tingkat jual barang-barang yang berlainan. yang aku ingat, tingkat paling bawah jual makanan macam kerepek-kerepek. Tingkat-tingkat lain ada yang jual barang-barang kulit, baju-baju, kain ela, tudung-tudung, t-shirt. Macam-macam ada. Kat sini boleh beli stail borong dan boleh jugak beli sikit-sikit. Kalau xsilap, ramai rakyat Malaysia yang berniaga baju-bajuan amik stok dekat sini. Ready, 1,2,3 GO!!! Misi membargain dan juga misi membeli dan membelah pun bermula. Shopping tak hengat. Siap tukar duit Rp 1 juta lagi..hehe..Alkisah tengah-tengah shopping duit abes. Gigih la cari Money Changer. Money changer berada di Lantai 3 Pasar Baru. Yang jage ni, auntie ci

Misi Bandung - Day 2

Image
Sambung untuk hari kedua Malam tadi tido dalam keadaan tak berapa nak tenang, risau kawan aku yang dua orang tu tak sampai hotel, sampai termimpi. Diorang punya flight malam-malam jam 11.50 mlm dari LCCT. Pagi ni kitorang breakfast Nasi Uduk. Nasi putih+tempe+ayam+sambal yang dibungkus dengan daun pisang. Rase not bad. Walaupon aku bukan jenis yang breakfast berat-berat ni, for the time being will do la, sebab tak ade option lain. Breakfast is complementary kat POP hotel..Kalau nak makan sedap, ade breakfast yang berbyr. Since ade yg free, aku sapu jela..Benda free sape tak nak. ini la rupe nasik uduk After breakfast, kitorang dah start risau sebab kawan-kawan aku tak turun lagi. dah pesan awal-awal sebelum diorang naik flight semalam jumpe 8.30 pagi. aku check kat kaunter, kot-kot diorang tak sampai. nasib baik receptionist confirmkan yang diorang dah check in. Tunggu je la budak berdua tu. Pak ayi pulak dah sms bagi tahu dia dah tunggu kat luar, aku hampir-hampir nak pe