Posts

Showing posts from November, 2013

Western Australia Episod 5

Image
......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Gigih aku nak taip entry guna guna sematfon. Maklumlah, cerita Perth nak masuk anniversary.  Tapi tak siap-siap lagi.insaf. padahal azam ramadhan yang lepas, nak buat jadi blogger yang lebih komited. Tinggal azam jela. Ok. Meh sambung untuk hari terakhir kat Perth. 14  Nov 2012. Bangun pagi, kemas-kemas barang. Lipat baju yang dibasuh semalam. Get ready utk check out. Beg-beg kitorang tinggal kat Beatty Lodge dulu. Tak larat nak mengangkut sambil mengexplore bandar Perth. Dari leedervill naik train ke perth station. Perth station betul-betul dalam bangunan. Macam kat klcc tu. Keluar dari station,  kitorang breakfast dulu. Coffee break dulu. Lepas dah kenyang kitorang shopping. Sehari suntuk. So, takde ape sgt yang nk dikongsikan. Layan gambar je la ek. Proton Savvy??? Art and Artist our coffee break mari beli...murah2 London court Ok. Setakat ni je. Pas merayau,  kito

Shangri la putrajaya

Image
..... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kali ni aku nk review hotel mahal.hehe. aku stay kat sini masa training team building company. So, bab harga, aku tak tahu. Aku just review tempat tu. Aku dapat twin room. Katil saiz super single. Boleh share dua orang. Katil. Supercomfy. Sila abaikan sepah2 tu Ada tv dengan small pantry. Semua dalam kotak tv. jakuzi. Agak2 kalau nak memanjakan diri tu, bolehlah berendam sampai kecut Bilik ayaq transparent. Agak2 hang berani ka nk mandi sini? Bilik air ada jakuzi tu ade tingkap yang boleh dibuka. Boleh la feeling cam tgh honeymoon. AkU ada feel macam tengah honeymoon pulak. Ok la. Setakat ni jela review aku.

Misi Mak Jemah Merentasi Guilin dan Vietnam

Image
......السلام عليكمورحمة وبركاته  Maaf lah. Agak lama blog bersawang. Ade ke pembaca tegar tertunggu entry yang tertangguh?  Aku dilanda kesibukan belajar dan bekerja. Kebetulan jugak laptop dah takde. Sgt mencabar untuk mengupdate melalui sematfon. Trip kali ni memang bertemakan backpacker sejati..haha. Kitorang jadi Alien di negara china. Menjelajah bandar Guilin dan Nanning. Berbasikal di pekan yangshuo. Berakit di yulong river, mendaki dalam gerimis di longsheng. Solat dimasjid guilin dan masjid nanning. Berlari-lari dalam hujan di Nanning. Merentas sempadan china -vietnam menaiki kereta api. Bermalam dua hari berturut-turut di dalam keretapi. Mandi dalam tandas awam ditemani asap ubat nyamuk. Jumpa professor salah sebuah universiti guilin, jumpa minah homo yang tak segan silu mengaku dia sedang mencari teman wanita, terserempak dengan abang hensem ala-ala redza minhat, berjumpa dengan lecturer berasal dari thailand yang fasih english dan mandarin. kehilanga

Ming palace youth hostel review GUILIN

Image
Assalamualaikum. .. Kali ni nak review accommodation masa aku pegi Guilin Bulan Mei yang lepas. Dari Guilin Airport, tambang teksi ke sini RMB 80 yuan. Dari segi lokasi, kedudukan Hostel ni sangat strategik.  Bersebelahan dengan Ming Palace. Jalan je kaki. Tak sampai lima minit. Kos penginapan lebih kurang RMB 150 yuan semalam untuk twin sharing. Depan hostel ada kedai runcit. Bahagian bawah ada kafe. Takde la best mana. Tapi ok la.. ada tempat lepak. Hehe. Depan kaunter ada disediakan dua bijik komputer berinternet. Wifi pun ada. Tapi memang slow la. Katil single dua biji. Abaikan kaki tu. Ada electric kettle,  tv bahasa cina. Kalau paham takpe. Toilet and bathroom.  Ade shower.