Misi Bandung - Day 3

Sambung hari ketiga

Hari ni aku bersemangat breakfast Nasi Merah.sebab perut berkeroncong di seawal 7 pagi Nasikalermerah+tempe+ayam+serunding. breakfast hari ni lebih menepati selera aku.


Pukul 9.30 kitorang berempat gerak ke Pasar Baru demi menghabiskan Rupiah yang ada.
Pasar Baru ni adalah bangunan lapan tingkat. setiap tingkat jual barang-barang yang berlainan. yang aku ingat, tingkat paling bawah jual makanan macam kerepek-kerepek. Tingkat-tingkat lain ada yang jual barang-barang kulit, baju-baju, kain ela, tudung-tudung, t-shirt. Macam-macam ada. Kat sini boleh beli stail borong dan boleh jugak beli sikit-sikit. Kalau xsilap, ramai rakyat Malaysia yang berniaga baju-bajuan amik stok dekat sini.

Ready, 1,2,3 GO!!! Misi membargain dan juga misi membeli dan membelah pun bermula. Shopping tak hengat. Siap tukar duit Rp 1 juta lagi..hehe..Alkisah tengah-tengah shopping duit abes. Gigih la cari Money Changer. Money changer berada di Lantai 3 Pasar Baru. Yang jage ni, auntie cina indonesia.dapat la rate Rp 1juta= MYR 342. lagi mahal dari rate malaysia. isk.

Berkat usaha membeli belah, dapat la beli souvenier untuk famili terdekat. untuk diri sendiri cuma dapat beli 3 helai tudung, sepasang kain ela, 2 pasang t-shirt muslimah dan 2 pasang blouse untuk kerja. Asalnye target nk beli 10 pasang..haha..#tamak

Kedai kegemaran utk beli blouse adalah Sultan Gaya #promote.  memang bergaya lah..Masa ni, aku dan kawan aku tu dah terpisah diorang merayau nak beli beg dan jaket kulit katenye..
Dalam pukul 2 kitorang decide cukup-cukup la shopping..Aku pun dah hampir-hampir jadi jutawan fakir..uhuk-uhuk. Kitorang jumpe balik kat entrance Pasar baru. Kawan aku siap beli luggage tu, dan juga memborong telekung. Katenye habis RM800 untuk telekung sahaje.
Sementara nak tunggu Pak Ayi datang untuk amik barang-barang kami, banyak la peniaga-peniaga jalanan yang mengoffer jualan diorang.. Keychain la, beg la, mainan la..Penat gak nak menepis asakan-asakan untuk membeli barang. Tapi, diorang ni cuma akan approach orang luar sahaja. Aku tak nampak pulak diorang mengasak orang-orang indonesia sendiri.

Kami menikmati makan tengahari di Ampera.sedap. Maklum la dah penat shopping.menjerit perut mintak diisi. Di Ampera ada disediakan surau untuk solat. But bear in mind, surau depa share laki perempuan. Kos makan tengahari ~ Rp 150k untuk 4 orang. Makan dah, solat pun dah, kitorang singgah lagi ke Jalan Riau.Mengulang shopping.hahaha..Masing-masing asyik terbayang baju di The Summit. Aku sempat rembat cardigan british india dgn harga RM 40 ~ Rp 150K setelah diracun oleh kakak aku.  Baju lain xdapat nak rembat sebab size takde. orang bandung ni saiznye kecik-kecik je.#kecewa

Pukul 5 petang kitorang sampai di Pop Hotel. Terus online sebab nak tambah luggage weight untuk flight balik. Masing-masing risau luggage overweight. 

Malamnye makan dekat festival citylink foodcourt. Foodcourt terletak ditingkat tiga. terdapat pelbagai pilihan, taste wise?? err.. depends on citarasa memasing. kitorang round Lotte Mart lagi.Borong biskut. ehehe.. Buat alas perut dalam bilik. Kat Bandung ni memang lapo je kejenye.

Sekian ceritera untuk hari ketiga di bandung. sambungan di kemudian hari (bila la tu ^_^) ..ekeke.

ps: Gambar update lenkali..meragam lak blogspot ni..

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1