Santai di FRIM Kepong


Assalamualaikum...

Hari ni nak update entry pasal trekking ke FRIM Kepong.. cerita bandung simpan dulu dalam kocek..malas nak pilih gambar. Plan untuk ke FRIM memang dah lama, cuma sekarang baru berkesempatan nak pergi. Rombongan ke FRIM seramai 9 orang dari Klang. Kitorang 4 beradik + makayah+ 3 orang sepupu (Ayong, Qila & imkun). adik aku yang dh kawen tu tetibe nak join + 2 orang lagi.

Hari Ahad, 8 Julai 2012.

Lepas subuh aku tak sambung tido..hehe..
aku buat ape? Goreng karipap yang mak buat semalam.. karipap ni bekal untuk breakfast diFRIM.
Bergerak dari rumah pukul 7.50 am. campur sesat semua, sampai jugak kat FRIM dlm pkl 9.00 am. Tol dari Setia Alam ke Tol Jln Duta RM 4.70. Campur Tol kat duke High way RM 2.00.
Jumlah tol= RM 6.70.

Untuk masuk ke FRIM, Satu kereta kena bayar RM 4 (kereta+driver) + RM1/ penumpang.
Pagi ni orang tak berapa ramai, kejap je dah dapat parking.
Before trekking, pekena teh tarik kaw Sementa mari. berkelah jap kat tepi kereta..hehe

After makan, beli tiket untuk naik ke canopy walk..Bayaran untuk dewasa RM 5/ person, student@ budak sekolah RM 3/person. Tiket boleh beli kat kedai cenderahati FRIM. Nanti dia akan bagi map untuk naik ke canopy walk.

Trek untuk naik ke canopy walk tak de la terlalu mencabar. Budak-budak pun boleh naik.
Along the way, jumpe dengan few foreigners. Ade orang putih, ade mat afghanistan, ade jugak orang Jepun. Ayah yang peramah sempat borak dengan one family from New Zealand. Diorang pandai speaking Melayu.haha..

Disebabkan keterujaan yang terlebih, terdapat dua orang budak naik ke canopy walk station tak tunggu orang lain..Tapi tak boleh naik sebab ticket kat aku..haha..nasib la ye..
Mak bersemangat trekking. walaupun, kitorang tak yakin mak larat untuk naik. Sampai gak mak ke canopy walk station. caya la mak!! you rocks!!

zas..layan gambar..

Breakfast karipap + teh tarik sementa
3 beradik yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka

We start from here

Lead by Ayah and Mak
Trekking to this point
Arrive at the canopy walkway

Pose here

Mak di canopy walk, hepi betul

Air yang mengalir di laluan turun


secara keseluruhan, FRIM memang best. Kalau rumah dekat, tiap-tiap hari aku ke sini..hihi

T.A.M.A.T

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1