South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 6.0

29 Jan 2013

Nami island

Masa kitorang pegi name island tahun 2011, kitorang naik subway biasa je. Kali ni nak cuba naik ITX. Fefeling subway express. ITX cuma akan berhenti di beberapa station subway.
Masa survey kat forum cari, nampak macam senang je beli ticket dia. Sekali, hambik ko. Takde English dia punya instruction..  rase nak teriak time tu. Masa tu, mintak tolong dekat dua orang minah korea untuk belikan ticket. Tapi dia kate tinggal yang kena berdiri. Kitorang tak kisah. Tapi memang lost nak bagi tau yang kitorang nk beli standing seat tu. Vocab korea aku tak terhad. Vocab English budak-budak tu pulak terhad. Daripada yang budak tu cakap dan aku paham, standing tak payah ticket. Erk?? Yeke.. bagus la camtu. Kitorang pun selamba je tunggu kat platform. Tapi yang aku pelik, aku tengok orang yang beli next, ade pulak ticket.  Tak puas hati punya pasal, kitorang turun balik. 

Masa ni, nampak satu family melayu. Depa pun tengah terkial-kial nak beli ticket ITX. Mujur lah waktu tu ada seorang mamat korea datang membantu. Rasanya, dia keje dengan ITX kot.  Beli punya beli dapat next train.  Kitorang terlepas train yang sekarang ni. Haih. Macam menyesal pun ade. Lagi baik naik subway ke Gapyeong. Daripada nak menunggu sampai sejam. Dah la sejuk. Tapi nak wat camne.  Ticket dah beli. Duduk je la diam-diam kat platform. Tunggu untuk next train. Aku suggest, ITX ni, sila integrated kan dengan t-money. Senang sangat la. Tapi sampai sekarang, aku tak pasti, kalau naik ITX ni, kalau takde seat, kena beli ticket untuk berdiri atau tak.

Cara-cara beli ticket ITX

Sambil-sambil tu borak dengan family dari Malaysia. Diorang datang dengan mak. Ade 4 beradik kalau tak silap. Yang kakak tu tengah belajar. Buat degree kat Nottingham university. Cyberjaya. Yang lain-lain tu sekolah lagi. Ponteng sekolah sebab nak pegi korea. Tapi, memang salute la dengan mak depa ni, sanggup bawak anak jalan-jalan. Bapaknya tinggal kat rumah. Diorang cakap, mak dia dah 2,3 kali datang korea. Eh?? Makcik pun suka korea ke. Dengan mak diorang, tak borak. Sebab mak diorang kat bawah. Tak nak naik platform. Tak tahan sejuk. Tingal lah budak-budak tu kat platform. Around pukul 12, ITX sampai. Kitorang pun board ke Gapyeong. Yeay. Mari tido dalam train. ITX tersangat la selesa. Hihi. Siap ade heater lagi.

Sampai kat Gapyeong, dah tak nampak mana family tu. Kitorang amik teksi ke Nami. Dalam 3K won je. Hari ni kat Nami Wharf tak berapa ramai. Masa ni, salji turun renyai-renyai. Aku suka sangat. Yela, bila lagi nak bermain salji. Kesejukkan kali ni, bearable. Mungkin teruja dengan salji yang turun. Hehe. Tambang feri +  entrance fee ke Nami masih lagi 8K won untuk foreigner.  Tiada perubahan dari 2011.

Entrance to Gapyeong Ferry

Rasa seronok pulak bila feri lalu kat tasik yang masih lagi separa beku. Konon- konon ade kat antartica la tu. Hehe. Yang tak nampak Cuma peguin atau sea lion je.
Jalan- jalan kat sini amik gambar. Musim sejuk, sewa basikal takde. Kedai tutup. Huhu. So, menapak jela.  Diorang ade sediakan unggun api kat few places. To keep us warm. Best betul feel dia time tu. Kat sini, kitorang beli rice cake yang dibakar dan disalut dengan gula cair. Rasa liat-liat campur manis. Tapi sedap jugak. Harga dia 1K won. Tak cukup satu, kitorang beli lagi satu.



Entrance to musolla



Suasana Nami in winter
Kali ni, Kitorang solat dekat musolla. Diorang dah sediakan surau. Dulu, solat kat bawah pokok je. Tapi memang best la kan solat kat luar, bawah pepohonan. Surau kat tingkat dua. Siap dengan tempat wudhuk tu. Ade air panas lagi. Wah!!!!

Usai solat, Kitorang carik kedai makan halal. Yang ade nasik goncang tu. Gigih jugak la carik. Hampir satu nami kitorang tawaf. Oke. Tu tipu. Rupa-rupanya, sederet dengan bangunan surau, Cuma agak tersorok kat bahagian belakang. Cis. Hampir putus asa aku mencari. Mungkin ini rezeki. Haha. Dengan perasaan tamak. Tambah, lempeng sotong+daunkuchai+daunbawang. Alhamdulillah. Kenyang..dan tak habis.. membazir betul.

Pankek

Rice cake salut gula

Habis sesi isi perut, kitorang bercamwhore, amik gambar sana sini. And then, decide, jom la balik. Dah takde apa mau dilihat lagi. Pemandangan memang cantik masa musim sejuk. Tapi, aku lebih prefer autumn. Mungkin nampak lebih hidup dengan warna-warnI. Sementelah, musim sejuk cuma boleh melihat warna putih dangan pohon- pohon gondol. 


Batak salji

Balik ke seoul naik subway je. Sebab ITX lambat lagi. Kitorang berdiri sepanjang perjalanan .Dari gapyeong, kitorang berhenti kat Jonggak. Kena transfer line. Rasanya kat cheongyangni. Kena check balik subway map.
Sampai ke seoul dalam pukul 7. Kitorang singgah CNN café. Tengok channel CNN dengan minum kopi. Lepaskan lelah berdiri. Pinggang hampir mau tercabut. Makan roti sekali.  Sebenarnya nak cari Yp book store. Since tak jumpa,  lepak dulu. chillax. Isi battery perut.
Lepas makan, carik ATM, ada orang nak keluarkan duit. Sebab banyak sangat kiriman dari Malaysia sampai susut won.  ATM dia ada sediakan sampul duit. Haha. Aku yang tak berapa nak jakun ni, kutip 5, 6 keping sampul. Amik berkat. Hehehe..

Berkat kegighan kitorang, akhirnya, jumpa jugak YP book store. Kali ni, terus save note. Jonggak station, Exit 3. Keep in mind. Never forget. Boleh pegi lagi.  Yp bookstore ni macam MPH la. Tapi, barang- barang yang dia jual lebih menarik. Buku- buku tak dan nak beli sebab 90% adalah dalam hangul.  Mungkin sebab barang-barang yang dia jual cute- cute, atau mungkin sebab duit won banyak lagi, Kat sini aku beli 4 notebook.  Kononnya untuk sambung belajar bulan 9 nanti. Hamik ko. Lame lagi pulak tu. Kalau belajar tak rajin, tak tau la aku.  Memborong sampai kedai nak tutup. Baru la kitorang reti nak bergerak balik.  Singgah jap kat insadong. Tempat feveret kitorang. Banyak kedai dah tutup time ni. Tapi saje strolling. Buang masa. Menikmati malam terakhir kat Korea. Balik Hostel, kemas barang-barang dan beradu.


Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1