Misi 365 Hari: Melbourne 2.0


Aku duduk Melbourne dalam 6 hari. Takde buat apa sangat, ada la satu hari tu sleep over rumah graphic designer yang kerja kat Melbourne.Kenal sebab duduk rumah yang aku tumpang tu la. networking kata orang.. Esoknya after brunch dengan housemate dan kawan-kawan diorang, aku pegi melepak kat library RMIT university, konon perasaan jadi student balik, hehehe
balik dari library aku buat bread pudding sikit sebab nak habis roti yang melambak tu dan nak mengucapkan terima kasih kat tuan rumah yang baik  hati bagi aku tumpang rumah diorang.

Hari sabtu pegi talk Dr Halina Siraj on managing Diversity, pegi makan nasik afghanistan and melawat Sorang ustaz yang stay dekat sini, kebetulan isteri beliau baru lepas melahirkan. Macam melawat baby kan. riuh budak-budak buat aku rindu keriuh rendahan keluarga kat Malaysi. Eceh.

Ade la aku merayau pising Melbourne. Pegi Victoria state library. Bestnya Australia ni, library dia besar- besar (kat bandar). Kalau kat town kecik, ceruk macam mana pun ade library. with free wifi. ahaha. thats my ultimate motivation.

Ada satu malam tu, pegi tengok Melbourne white nite. tapi lebih kepada pertunjukkn lampu. cantik jugak. nanti layan video bawah ni.




Aku pun tak tau ape yang aku buat sampai seminggu. hahahaha.
End up, hari isnin 20th Feb aku amik flight pegi ke Cairns. Dalam takde kerjanya, selamba badak meredah.

Sebelum pergi Cairns sempat jumpa sorang mamat Malaysian yang buat work holiday tahun lepas. dapat la lepak-lepak tukar cerita dlm setengah jam sebelum shuttle bus ke Airport sampai. Kekdahnya, aku pegi airport 2.5 jam awal. haha.. sebab takut traffic jam macam kat Malaysia.. Rupa- rupanya Melbourne tak jam, dan aku kena tunggu almost 2 hours inside the airport. Lepas check in si anak gajah aku tu aku duduk melepak sampai la waktu yang boarding... Boring? memang tak terucap boringnya...

Sampai kat Cairns dah malam dan ya Allah, terasa bahang panasnya. Melbourne tu rasa berangin selalu. Kat sini rasa panasnya dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 hari : Melbourne 1.0