Misi Bandung - Day 1

Assalamualaikum...

Hari isnin yang lepas aku selamat pulang ke Malaysia..

Overall trip best..hehe..sebab tak payah keje selama lima hari..huhu

cerita touring bermula seawal jam 3.40 pagi waktu Malaysia.
Sampai kat airport dalam pukul 4.40 pagi.Since kitorang dah buat web check-in, berangan ak lepak jap kat McD LCCT. Nak menikmati  lempeng feveret a.k.a penkek mcD..Sungguh kuciwa sebab McD bukak pukul 6 pagi...tak pe la..terus masuk check imigresen bagai, cari port untuk breakfast. Dunkin donut menjadi galang ganti nya. Jadi la..Dapat gak makan..

Lepas solat subuh, terus duk kat waiting area. amik gambar sane sini..test drive kamera adik ipar..hehe.. Masuk je perut kapal terbang, aku pon terbang bersama mimpi.. terbang bersama Kapten Bintang..hihi

Sampai kat bandung around 8.30 am gitu, nak lepas imigresen agak lame, sebab airport bandung ni kecik je, cume ade dua kaunter imgresen yang di bukak. jenuh gak nak beatur. Kene scan 4 jari-jemari. pelik gak, sebab biasenye yang discan adalah ibu jari..what ever la kan.. Bandung, here i am.

Sampai sudah di Bandung Airport

Thanks to AA..now I can fly

Kat luar, Pak Ayi dah sedia tunggu kitorang. Katenya service ambil kat airport ni complementary sebab kitorang dh book die untuk tiga hari..hehe..thanks pak ayi..
Pak Ayi orangye sedang-sedang, bawak suzuki APV, pandai berceloteh jugak..Jom kita check -in POP hotel!!!

untuk plan asal, first day nak explore bandung naik angkut.. Tapi niat tu dibatalkan sebab kitorang seram tengok orang bandung drive.hihi..Guna service pak ayi jela jawabnya



Angkut

Rupanye check in pukul 2..haha..amik ko.. pukul 9 pagi aku dah sampai hotel..
after berkira-kira duit rupiah yang ada, kitorang decide nak pakai service pak Ayi half day..Tinggal dulu luggage kat hotel.

Off to jalan-jalan. Pak Ayi bawak kitorang singgah makan kat ampera. Ampera ni feymes gak, they serve masakan sunda. tak berkuah. banyak goreng- goreng je.. tapi memang sedap, campur la pulak dengan Es Kelapa SUSU..Memang kaw, clear ku sapu..

Lauk-lauk..Ayam di bandung, memang kurus-kurus

Nasik di bungkus dgn daun pisang, aromanya,,pergh!!


Kenyang perut, kitorang menapak ke pasar baru. Kedudukan Pasar Baru memang sangat dekat dengan Ampera. kalau lapar time shopping, boleh singgah makan kat Ampera

Pasar Baru ni ala-ala Jln TAR kat KL, cuma, diorang buat dalam bangunan 8 tingkat, macam-macam ada..Dari baju, beg, makanan, kain-kain, telekung. Murah,mahal, tak berapa mahal..Pandai-pandai kontrol nafsu shopping. Disebabkan kepenatan, kitorang mampu untuk survey sahaje, tengok-tengok harga..pastu aim kedai mana nak brshopping..Niat shopping hari ni ditunda ke lain hari..kan kitorang ada 5 hari kat bandung..

Dekat pukul 1, kitorang balik hotel. singgah jalan-jalan masuk festival citylink.POP hotel ni bersambung dengan shopping mall festival citylink.Bukak pintu hotel, dah nampak pintu shopping mall. Kitorang jalan-jalan, beli roti kat bread talk and check in. POP hotel, memang cantik and marvelous. Sesuai untuk budget traveller macam kitorang.Free wifi. tapi WEP key dia bertukar every 24 hour. Lepas solat jamak zuhur dan asar, golek-golek atas katil, nak layan crita korea kat TV. Tapi sebab alih bahasa ke bahasa Indonesia, hilang feel korea, terus membongkang kepenatan, since masing-masing mengalami hari yang sgt meletihkan semalam...
Aku terjaga bila dengar bunyi azan, tengok tingkap luar memang dah gelap..Azan maghrib la tu.

cafeteria. open time breakfast je.

Vending machine. Ade kopi, air botol and biskut-biskut





Sink, cermin dan peti harta karun..

the beds!!
Bathroom
TV and bench


Lepas maghrib..makan kat food court yang terletak kat bahagian atas sambil layan live band. Makan malam hari ni,set KFC dengan nasik dan begedil, dan juga CD ungu free.Bagus betul.Begedil dia memang sedap!!

Tagline KFC

Ape motif makan KFC kat Bandung? *takdapatdikenalpasti*

Dah kenyang, kitorang ronda-ronda, Kat dalam festival citylink ni ada Matahari (ala-ala Parkson), kedai buku, kedai beskal, Jco donut, kedai baju-baju, bread talk, charles and keith dan macam-macam la. Nama pun shopping mall.Yang paling tak sangka,ada LOTTE mart kat tingkat bawah dapat la aku carik seluar tido aku and plug/ adapter untuk charge handphone. Ingatkan Lotte Mart ade kat korea je..kat bandung pon ade rupanya...

ATM CIMB pun ada, just make sure activate oversea withdrawal je..hihi..
Breadtalk dalam festival citylink
Arts Booth..cantik-cantik

Yang best kat Lotte mart, barang makanan murah-murah, biskut ada dalam harga 30sen. Megi 35 sen, kopi 3 in 1 3 ringgit. Aku pun borong la.. apa lagi, rambang mata..sampai langsung terlupa tujuan asal adalah untuk beli seluar dan adapter. Dah keluar mall baru teringat tujuan asal yang dilupakan, kena la masuk balik carik barang-barang yang berkenaan..ish3...

Bersambung ke next entry..


Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1