Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1

Sementara aku rajin ni, baik la aku sambung cerita Working Holiday Australia aku ni. Walau pun boleh tahan basi dia. Lama sangat. Tahun 2017-2018

Bulan 10 kira dah off season kentang. So, aku kerja sampai tengah bulan 10 je. Sementara nak tunggu season cherry bulan 12, aku merayau kejap. Lepas ni boleh merasa pengalaman Cherry picking. Ada masa aku cerita aku punya kerja.

Aku buat keputusan nak ber road trip pun last minute. Asal jadi je.
Ni kira aku punya first driving roadtrip solo kat Australia. 

Dengan kereta Holden Commodore tahun 2001 Wagon, aku merayau. 
Disebabkan plannya nak tidur dalam kereta je, sehari dua sebelum kejadian, aku gigih menjahit langsir untuk kereta aku 😂😂😂. Paul dengan Suzi gelak-gelak je dengan kegigihan aku ni.

Lepas langsir dah siap, tukar minyak hitam kereta, check coolant, topup transmission oil - yang ni aku mintak budak Malaysia yang aku kenal tolong. Upah sikit-sikit. I'm off to my adventure. Eceh.

Sebelum ke Canberra, aku singgah Griffith beli barang-barang keperluan, macam portable cooker, gas, makanan. 

Hillston - Griffith - Canberra (495km)

Perasaan bawak kereta sorang-sorang tu memang layan. Sampai Canberra hampir malam. So, aku parking kereta dan tidur di Hughie EdwardsVC Rest Area sebab dah janji awal-awal dengan geng Kentang Alix and his Boyfriend. 

Rest Area dia ada toilet dan Parking Lot sahaja. Aku dah prepare air kosong berbotol-botol untuk beristinjak. haha. Tak Lalu nak calit-calit je. Malam tu aku makan bekal nasi dan sambal  ayam dan ikan bilis (Yes, I can cook. LOL). Gosok gigi dan tidur.

Food of the day

Bangun pagi, tengok dia punya pemandangan MasyaAllahhhh. Best sangat. Tersenyum sorang aku ingat balik. Nanti aku update balik entry ni letak gambar. Kena korek-korek gambar lama.



Non Flush Toilet


Masak Air. Demi Kopi Secawan

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 hari : Melbourne 1.0