Misi Bandung - Day 4 Part 1

Assalamualaikum..lama gile tak update blog. Sume entry dah berhabuk dalam draft..hehe..

Last few weeks memang hidup agak berserabut dengan SIRIM audit, BV audit dan juga melayan customer Jepun yang very-very detail. Habis sume di koreknya.

ok sambung untuk last 2 days in Bandung.

Jom terjah day 4.

Hari ni kitorang ke tangkuban perahu. Tempat menarik dibandung terbahagi kepada dua, Bandung utara dan bandung selatan. Tangkuban perahu terletak di bandung utara. Kitorang pilih ke Bandung utara sebab jarak perjalanan yang lebih dekat dalam satu jam dari kota bandung. Jika ke bandung selatan akan mengambil masa dalam 2-3 jam. bergantung kepada ke"macet"an bandung. Daripada info yang aku dapat kat forum cari, Kawah putih yang terletak dibandung selatan adalah lebih cantik pemandangannya berbanding tangkuban perahu di bandung utara. Tapi bergantung dengan tujuan dan masa yang korang ada. Kalau banyak masa mungkin boleh pergi kedua-dua tempat. kalau korang ke sana memang plan nk memfakirkan diri cam kami ni, lima hari memang tak cukup la untuk cover semua tempat. Kena pilih-pilih mana yang nak pegi.

Sepanjang perjalanan mata kami disajikan dengan pemandangan yang indah-indah. Walaupun aku pening-pening langau, dapat gak layan pemandangan sesaat dua. Jalan kesana adalah berliku-liku, kecil dan tak berapa elok sangat. Mengikut pak Ayi, itu adalah shortcut. Kena bayar tol tau. Tapi murah je, Rp 2K. duit tu, depa akan guna untuk betulkan jalan-jalan ke Tangkuban Perahu. Bagus betul. tak tunggu peruntukkan kerajaan. Terdapat juga rumah-rumah comel yang dibina dilereng-lereng bukit. Tak kurang juga rumah yang gedabak ala-ala mansion. Oh ye, diBandung, the area do not affected by earthquake yang selalu melanggar Indonesia. Kelebihan Bandung. So, dont worry about earthquake when in Bandung.

Pemandangan sepanjang perjalanan
tanaman-tanaman
Rumah/restoran lereng gunung
Rumah dilereng bukit
Tangkuban perahu
Toilet
TollGateGuy

Sampai di Tangkuban Perahu, kena bayar entrance fee sebanyak Rp 50K untuk foreigner. Bagi local, entrance fee nya murah-murah saja. Di Tangkuban Perahu peak, the view is superb. MasyaAllah. kakak ku cakap, this is the second Songsan Ilchulbong. I could not agree more. Rindu pulak kat Songsan Ilchulbong.*tetibe*

Kami menghabiskan masa dua jam untuk bergambar dan jalan sekitarnya. Sempat amik gambar untuk cover Album.Cuaca cerah dan agak panas. Selama ni, aku punya expectation, kat situ sejuk. Mungkin sebab dah tengah hari kot. Kat sini ada juga orang jual-jual souvenier. Aku tak tengok sangat sebab nak save duit Rupiah yang dah susut, kuruih.

Pokok yang terdapat kat Tangkuban Perahu.Batang dan dahan gelap.macam terbakar

Tangkuban Perahu

The Track

Hoh..sapo ni?
Sempat Jugak buat photoshoot untuk album yang akan dikeluarkan err.. bile ek?
Cover album 1
Cover album 2

Cover album 3
okey. sekian untuk Part 1. dah malas nak mengarang..sambung Part 2 pulok.

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1