Western Australia Episod 2.2

Assalamualaikum..

sambungan dari sini

Dalam pukul 11 pagi kami meneruskan kembara ke Denmark.  Percaya tak? Denmark tapi di Western Aussie. Hehe..di Denmark, ada William bay national park ni la terletaknya the green pool dan elephant cove. Jarak dia dalam 60km dari Albany. Kawasan ini adalah kawasan persisiran pantai.Tak banyak kereta kat parking lot. Aku ade nampak 2,3 orang putih swimming kat situ. Salute. Sejuk kot. Tak paham aku.  Aku sempat hiking panjat batu besar, turun naik trek yang disediakan. tapi memang berbaloi. Pemandangan dia, SubhanAllah. Aku kehilangan kata- kata. Sama macam aku apa yang aku rasa kat Torndirrp National Park tadi. Aku bersyukur diberi kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan. Enough said.

The green pool tu memang hijau dan dikelilingi batu-batu besar. Kena berjalan sikit kat sini. Trek yang disediakan pun cantik. kalau tempat ni dekat, mau aku buat wedding photoshoot kat sini. ehehe.


William Bay NP


The Green Pool. Denmark

The Passage



The elephant cove agak tersorok sikit kot. yang ni, bagi aku tak berapa nak menarik. sebab hanya batu tu menyerupai gajah. Cuma nak tengok tempat tu, kena lalu celah-celah batu. so, aku rasa lalu celah-celah batu tu yang good experience.

Nampak tak flying seagulls? 

Aku rasa batu ni bentuk ikan Paus..haha

Laluan Sempit dicelah-celah batu

Ada rupa gajah tak?

Kemudiannya kami ke giant valley di Walpole. Kat sini, pokok gedabak-gedabak dan berusia lebih 400 tahun. Kata depa la. Naik canopy walk di top tree walpole. Entrance Fee adalah AUD 12.50 per pax. Kat sini terserempak dengan satu keluarga dai Malaysia. Jalan-Jalan cuti sekolah katanya..hehe..Ramah. Sempat la borak satu dua benda..Kat sini ada kedai souvenir. Ade jual keychain, t-shirt, bookmark. Aku beli keychain untuk diri sendiri dan seketul chocolate bar whittakers sebagai alas perut. Jom, layan gambar.





.





Hari ni, kami tidur di Walpole. Dekat je dengan Tree top walk tadi. Kedai kat sini tutup pkl 5.30. Tak banyak kedai makan yang ada. Yang nampak ada satu je.. dan konpem bukan halal. Dah tak tau nak buat apa, kitorang balik cottage.

Petang tu, kami makan megi tomyam dengan nasi goreng bekal pagi tadi tak habis lagi.
Tak banyak aktiviti yang boleh buat. Sebab walpole pekan kecik je. Memang tak nampak orang kat sini. yang muda-muda memang tak ade la. mungkin ramai yang dah berhijrah ke Perth/ Melbourne/ Sydney. Rasa macam isolated gila tempat ni.  Yang ada cuma kitorang dan beberapa orang yang sewa cottage ni. Adalah tak sampai 10 orang. Tapi sempat cuci mata dengan dengan mamat dari German..ekeke..
Dah tak de aktiviti. Tidur la..good night peeps.

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1