Western Australia Episod 3.1

Baju kurung tak lapuk dek zaman

12 Nov 2012

Walpole - Augusta

Untuk ke sekian kalinya, hari ni aku menjadi anak dara pingitan, lepas solat subuh, tak sambung tidur. Buat kopi dan lepak-lepak dihalaman rumah. Eh,halaman cottage. Huhu..ada bangku untuk lepak, bunga ros yang mekar. Ada juga, pokok lemon dan pokok lain yang tak dapat dikenalpasti. Suasana pukul 5 pagi umpama 7 pagi di Malaysia. Masa ni, tak nampak seorang pun kat kawasan cottage, melainkan kami bertiga. Sempat la bergambar sekeping dua dijadikan kenangan. #Tetiba rindu Aussie. 

Pagi ni kami bersarapan roti telur dengan mushroom sup dan kopi secawan. Mak aih. Kembung perut minum kopi memanjang. Pukul 7 pagi, lepas ber hai-hai dan bai-bai dengan org yang ade kat situ, kitorang bergerak menuju destinasi seterusnya.

Tempat pertama yang dituju adalah Augusta.Nak pegi Cape Leeuwin light house yang femes kerana pertembungan dua laut. Lautan Hindi dan laut Selatan. Nak tengok juga rumah api yang agak terkenal tu. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, boleh check dengan wiki. Jarak dari Walpole dalam 250km. dekat 3.5 hour drive juga. maklum la kena ikut speed limit. Takut kena saman. Bengkok pulak. Dah la rate AUD tinggi. Aku habiskan masa dengan tidur sepanjang perjalanan. Nak recover tidur semalam yang tak berapa nyenyak dan juga nak elak mabuk. kitorang passed by banyak small towns. Setiap pekan yang aku passed by memang unik. Suka betul tengok tempat yang laid back ni. Rasa tenang je.

Kat sini, Aku ada juga mengintai guna teropong yang disediakan. Tak ingat kena masukkan duit ke tak untuk guna teropong tu. Tapi melalui mata kasar aku tak perasan pun mana titik pertemuan/pertembungan. hehe

Jom layan gambar yang ada.

Lepak Santai pagi.

Ini sebenarnya winery farm



Winery farm. berhenti tepi jalan untuk ambil gambar.

in the middle of somewhere. tak nampak kelibat manusia disini.


Kat sini sempat grab fridge magnet untuk diri sendiri je. Orang lain tak dapat la. Mahal. Pakcik jaga kaunter tu cam yang kami ni dari Malaysia. Dia puji perempuan Malaysia cantik. Yela tu, ingat aku termakan kata-katamu tu ke pakcik. Saje nak lakukan bisnes la tu. Cit...






Walaupun cuaca nampak terik, tapi angin memang kuat gak. Disebabkan langit tak ada awan sangat, kena la pakai sunglass. Nanti abis mata rosak kena sinar UV berlebihan. Kulit tu memang dah rosak dari Malaysia lagi. Ekeke. Entrance fee adalah AUD 5.00. Ini ground entrance je. Kalau nak naik lighthouse rasanya dalm AUD 17.00. Kitorang tak naik sebab tak berbaloi-baloi. Hehe.

Kitorang lepak jap kat kafe sini.  makan biskut seketul dua dengan smoothies. Sebabkan harga mahal, gigih habiskan sampai ke titisan terakhir..


notakaki: aku dilanda ombak tsunami malas. semua entry terperuk dalam draft..

Bersambung..

Comments

  1. eh..nape xnaik lighthouse tu..best tau..tapi yg awk gi tak tau la best ke tak..hahaha...kalo kt melbourne best!!

    ReplyDelete
  2. Zila: hehe. Sy kurang berminat nak naik.hehe. unless klu naik tower boleh tgk keliling. Wa..bestnya dah g Melbourne. Berangan gak nk pegi. Tapi satu2 dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1