Western Australia Episod 3.2

Assalamualaikum readers.. Ade readers ke ni.. haha.. blog aku ni memang bersawang..
Kadang-kadang lupa yang aku ni ade blog. okey, sambung untuk next part..

Hamelin Bay- Margaret River Town- Busselton

12 Nov 2012

Dari Cape Leeuwin, next stop kami adalah Hamelin Bay. Ini pun tak jauh, around 60 km dari Augusta.
Kat sini ada pantai je.huhu. tapi pantai cantik la. Cuaca dah tak sesejuk di Albany dan Walpole. So, off the cardigan. Di Hamelin Bay, kami ambil gambar pantai sambil feeling drama korea. Romantik gitu..hihi.
Dikawasan Parking ada la nampak kereta sebiji dua.kitorang kat sini kejap je. akak aku ajak balik. eh, ajak ke Margaret River. Kejar masa.


aku suke gila dengan gambar ni. thanks kak!!




Next stop adalah Margaret River Town. sebenarnya nak singgah kejap je. tak tau kenapa terus jalan- jalan explore tempat ni. Plan asal untuk Margaret River Choc Factory dibatalkan. Sambil tu singgah di Coles. Beli ape entah.dah tak ingat aku. Kat sini kami jumpa telefon awam.  So, dapat la call mak kat rumah. Jom kita tengok gambar di sana.









Coklat perisa cili. ko mampoooo???!


Eskrem perisa susu. Jom!!


Jam menunjukkan pukul 4.30 bila kitorang gerak ke Busselton Jetty.Sampai kat Busselton dalam 5.30 petang. Lunaskan Solat Jamak ta'khir kat parking lot. Angin sepoi-sepoi tak paham bahasa..

Kami jenguk-jenguk dalam kedai, nak beli ticket masuk dan fridge magnet. Cashier kat situ sungguh baik. Siap bagitau yang after 6.00 pm, tiada fee untuk masuk ke Busselton Jetty. Memang rezeki datang bergolek. Bila lagi nak dapat. kekeke. Kitorang tunggu sampai pukul 6, baru masuk.

Panjang Busselton Jetty adalah 2 km. Kalau datang aawal, boleh naik keretapi kat atas jetty ni. Ade bayaran la. tapi aku tak ingat berapa. Last service pukul 6. kitorang tak sempat nak naik.
Kat atas jeti ni, ramai orang fishing. Orang korea pun ade. siap ade plat untuk orang-orang yang dulu fishing kat situ tapi dah meninggal.  Angin mmg sejuk. Lagi-lagi aku hanya berbaju kurung. Cardigan dah tinggal dalam kereta. Rase seronok bila sebenarnya kita berjalan 2 km diatas laut. We manage to found stella. Hehe. Selepas feeling ambil gambar. Kali ni berlakon drama korea pulak. Huhu. We decided untuk patah balik. Sejukk sangat. Masa tu pun dah dalam pukul 7.. orang putih pun bersweater. Aku ni ha berbaju kurung. Macam hebat la sangat. 

Car boot sale!!ahaha. penuh bonet dengan barang kitorang.

Kain Batik memang handy. boleh jadi sejadah.

Toyota Corolla Hathback 2005. Mampu sewa je. Kat malaysia tak mampu nak beli.

Busselton Jetty. Before Sunset

Makan twisties jap.


Ini Bar rasanye...



Rel ketapi

yup. this is me.


Hiding. sejuk..


Feeling. Drama.


meet stella

After sunset

Untuk malam ni, kitorang tido di Amaroo motel. Nice motel nearby busselton jetty.
Untuk kali ni, kami tido lena sebab ada heater. So, takdela kesejukan macam dua malam yang lepas. Amaroo hanya ada fridge dan electric kettle.  Memang tak boleh memasak. Rendam megi pun dalam cawan. Sadis. Ni dah macam zaman duduk asrama dulu. Tapi, katil dia empuk. Enak. Ada satu katil bersaiz pemaisuri (queen) dan satu katil bujang. Just nice untuk kami bertiga.

Rupe Amaroo motel

Sebenarnya lepas bersuci dan berhadas, kitorang pegi cari mekdi sebab nak free wifi. Muahaha.  Aku mcm biasa, latte secawan. Sampai mekdi tutup baru kitorang balik dan terus tido.. zzzz

Bersambung lagi..hehehe

Comments

  1. cantiknya tempat ni..suka sy tgk..sy suka tgk jetty kt ovesi...best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Korea here i come!!!!!