Western Australia Episod 4.1

Assalamualaikum.  

Caversham wildlife park

13 Nov 2012

Aku sedang bertabah untuk habiskan entry Western Australia ni.
Dah sebulan berbulan-bulan. Ape pun tak siap lagi.
Aku kena berusaha untuk habiskan entry Aussie sebelum next trip.jom sambung  untuk hari ke empat.

Pagi tu kitorang gerak jam 6.30 pagi dari Busselton.  Ikut GPS, dalam 3 jam boleh sampai caversham wildlife park. Tapi, disebabkan masalah kesesakan lalu lintas nak masuk ke bandar perth. Bertabah la kitorang. Sampai sana dalam pukul 10. Matahari tok sah cakap la. Sangat terik kalau nak dibandingkan dengan Albany, Walpole atau Busselton. Menyesal jugak pakai tshirt jenis yang tebal kainnya. Panas. Caversham park ni terletak dalam whiteman park. aku tengok dah macam area gurun.

Amaroo Motor Lodge


Tunggangan Putih


Entrance fee untuk masuk adalah AUD 23. Sila pejam mata dan jangan convert. Tapi kiranya lebih murah dari entrance USS atau Legoland. First sekali, kitorang tangok farm show. Cara-cara nak cukur bulu kambing biri-biri. Kesian dengan kambing tu. Abis telanjang. Haha.  FYI,  lepas dah kena cukur tu, kambing akan keluar sejenis chemical yang namanya Lanolin which is very good for the skin. Tetibe terimbas balik subject organic chemical for industrial usage by PM Dr Faradiah dulu. Rindu zaman belajar.*sigh*

Dia ada jugak panggil budak-budak untuk susukan anak kambing. Orang dewasa tak layak okey?. Kambing dengan budak dah same comel aku tengok....huhu. Lepas tu kitorang pegi tengok wombat and friend pulak. Disebabkan beratur panjang, kitorang just tengok mana-mana yang takde orang and ambil gambar mana yang patut..

Keluar je dari tempat wombat, pegi pulak berkenalan dengan koala yang kuat tido tu. Hui..tido nak lame je. Sampai 20 jam. Sekejap tak cukup. Nanti mati. Masa ni kitorang dah termasuk dengan satu group dari Indonesia. Bapak-bapak dan ibu-ibu semuanya dari Bali. Tapi tak de lah pulak kitorang beramah mesra. Erk? Kenapa ye? Aku pun tak tahu la.


Sejenis burung

Kambing sebelum ditelanjangkan
proses menelanjangkan kambing

Koala..Let me sleep!!
Proses penyusuan anak kambing



Akhir sekali, kitorang pegi kacau kangaroo nak tido..haha..Mungkin sebab dah tengahari, kebanyakkan kangaroo dah tido. Tapi ade la few yang tak tido. Depa pun tak berapa nak aktif. Panas kot. Masa ni, ade budak kecik yang menangis. Anak mat saleh. Pipi pun dah merah semacam. Tapi memang comel. Maybe sebab depa kulit putih kita kulit milo.ekeke.  Aku ade jugak pegang-pegang kangaroo. Kulit depa takde la lembut. Macam bulu karpet jenis pendek-pendek bulu dia. Tak kasar tak lembut. Kangaroo ni berak bersepah-sepah. Nasib baik diorang punya bahan kumbahan macam arnab. Kena Hati-hati bila berjalan. Takut terpijak.
Pengakhirannya, sebelum keluar dari caversham wildlife park, kitorang singgah kedai souvenier. Cari barang-barang kecik yang boleh dibeli.  Lepas tu terus shoot ke Fremantle. Nak kena hantar kereta.

Risau jugak, patutnya kena hantar kereta pukul 12.30. Tapi pukul 11.30 kitorang still kat Caversham park. ni belum fill up tank lagi. alamatnya kena penalti la ni. Masa ni, aku drive, sebab hari tu bagitau kat Bayswater, driver sorang je. kalau ada second driver kena ade extra charge. Kalau tak silap AUD20. aku pun dah lupa. Kejadian ni berlaku pada Nov 2012. sekarang ni dah Jun 2013. 

Masa nak isi minyak, drama la pulak. aku pun tak tau kenapa minyak keluar kejap je, pastu dia tendang balik auto filling tu. dua tiga kali gak. last-last give up panggil attendance pam. dia kate kite punya teknik salah.. Hoh? aku isi minyak selama ni tak de masalah la pulok.. dok pehe... Ape pun, setelah berjaya isi minyak, kitorang bergerak ke Bayswater Fremantle.

Mujur, tak kena penalti. sebab dia ada bagi allowance one hour selepas waktu yang sepatutnya kereta dipulangkan. kitorang sampai dalam pukul 1. fuh..selamat duit..
Kereta sudah dikembalikan. Jalan kaki je lepas ni.

sambung lagi.....

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1