Western Australia Episod 4.2

Assalamualaikum. .

Jom sambung lagi

Fremantle

13 Nov 2102

Dari caversham wildlife park ke fremantle ambil masa lebih kurang 45 minit. Kitorang fill up tank minyak. Meter minyak mesti sama masa amik dan pulangkan. Kalau dia bagi half tank, pulangkan pun half tank. Tak perlu basuh kereta. Melainkan korang rajin dan banyak duit. Kereta kitorang memang kotor. Banyak insiden kemalangan dengan serangga ditengah jalan. Hihi. Lepas serah kunci, bayswater akan check condition kereta, kalau semuanya ok. Diorang akan pulangkan balik deposit AUD 50. Dari bayswater kitorang berjalan kaki ke fremantle station. Amik CAT bus ke cicerello. Kalau nak jalan boleh. Tapi, menapak la. Masa ni perut bergendang gendut tali kecapi. Tersangat la lapar. Pagi tadi, breakfast ala kadar je. Makan ape yang ada. Tak dan nak singgah mana-mana untuk breakfast.


lambang bayswater
cantik abang ni punya anting-anting. rare.

Turun je bus, aku hanya nampak signboard cicerello. Yang lain dah tak pandang. Gambar  pun aku tak amik. Laju je pegi cicerello.  Kat sini kitorang order fish and chips sorang satu. Tamak dan lapar punya pasal. Tapi langsung tak habis. Makan satu set je. Lagi satu simpan untuk malam. Kat sini nampak la bersepah-sepah orang melayu. Yang ok tu, kitorang bertukar senyuman. Yang tak ok. Senyum pun tak nak. Haih.
 Ada sorang pakcik yang baik siap borak-borak dengan kitorang. Rasanya pakcik tu duduk perth kot. Kelihatannya beliau memandu MPV yang tidak berlogo.




aku tergoda tengok pie n cake dia.yummeh

Lepas makan, kitorang Solat zuhur dan asar kat esplanade park. Kat sini, yang aku perasan, kalau solat tepi jalan, dekat park, parking lot atau kat tepi tangga, tak ade pulak orang stop and stare. Barangkali sebab ramai orang islam kat sini kot. Berbalik ke esplanade park, tempat ni tersangat la berangin. Angin laut. Nak terbang tudung dan sejadah. Haha. Sempat la kitorang buat drama Hindustan.

Drama Hindustan at the esplanade park

Petang plannya nak meronda Fremantle. Sebab masa first day rasa macam rushing pulak. Kak fazy tak ikut. Penat katanya. So, kitorang tinggalkan beg pack dengan kak fazy dan start explore Fremantle. Rupanya kat fremantle ade notre dame university. Kat tengah-tengah Fremantle. Kitorang posing ala-ala student. Ambil gambar sana sini. Seriously, ini kali pertama aku jumpa university dalam bandar. Betul-betul dalam bandar. Tak tipu. Kat area tu jugak ada superbike dengan plat no J4RRED. Kakak cakap kalau moto hensem, orang mesti tak hensem..haha. tapi kali ni, teori kakak tak berapa nak tepat. Tetibe datang sorang mamat aussie. Kacak. Superkacak. Start engine Superbike J4RRED. Menjadi Superduperkacak..Vrom... berlalu meninggalkan kitorang. Kekeke. Aku cakap dengan kakak, teori dia terpakai di Malaysia sahaja.



Sila abaikan model



Kitorang jalan-jalan tengok-tengok souvenier.  Cuci mata. Tengok bangunan yang oldskool kat situ. Oldskool but cantik. Masa ni dah dekat 5.00 pm. Orang-orang pun dah tak kelihatan.  Aku memang konpius.  Mana la peginya orang Fremantle ni? Musykil. Kedai pun dah banyak yang nak tutup. Sempat la jugak merembat fridge magnet untuk tambah-tambah bagi kat kawan-kawan.












Dah nak senja, kitorang amik bag dan bergambar kat esplanade park. Dari Fremantle  kitorang perlu ke leedervill. Betty Lodge terletak kat situ. Naik train kali ni. Macam subway. tapi ni on the ground. Rasanya beli ticket untuk dua zone. Harga tak ingat dah. AUD 4 kot?. Kena transfer kat station..... aku tak ingat dah..haha.. serius.. cite aussie memang berkurun..Kat Leederville station, gigih mengangkut beg. Nasib baik, just bawak satu beg pack. Lega bahu. Dari Leedervill station.  Menapak dalam 20 minit baru jumpa Beatty lodge. Memang direction tipu bila cakap kena jalan 10 minit sahaja.

Lepas check in. Mandi. Basuh Baju. Masak. Makan. Tido. Tinggal sehari je nak explore Perth.

Sambung....

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1