Misi 365 Hari: Keledek dan Tolga

10.03.2017 Tarikh keramat dapat kerja bergaji.
Aku dapat kerja di Tolga sebagai Pengutip/pembungkus keledek. Ala, yang korang selalu panggil sweet potato tu.

Hari Pertama kerja, kena buat weeding. Apa benda weeding tu? buat segala tumbuhan perosak kat ladang keledek, terbongkok-bongkok aku buat kerja ni. Kira kali pertama dalam sejarah, bekerja diladang. Lemau tu dah memang la. Orang dah biasa kerja dalam ofiskan? Duduk dalam aircond setiap hari.

Kat sini, dari 5.00 pagi - 11.00 pagi aku buat packing keledek kat packing house, pilih keledek yang elok dan pack masuk crate/ kotak ikut gred keledek. Satu crate berat dalam 16-18kg. Lepas tu rehat kejap dan sambung pulak digging keledek dekat ladang. Biasa habis kerja dalam pukul 3 - 4 petang. Kadang-kadang lajak sampai 6 petang. ikut pada nasib.

Minggu pertama kerja, memang sakit badan. Rasa tangan aku ni kebas/bengkak setiap masa. Kulit tak payah tanya, memang "tanned". Kuku memang hancur bergelut tanah setiap hari. Sebab selalu angkat berat tak ikut posture yang betul, menggigil setiap kali nak bangun selepas duduk bercangkung.
Sengsara? memang. Tapi ini lah antara pengalaman berharga kat Australia.

Pengalaman solat memang terkocoh-kocoh kat sini, Subuh selalu dah siap-siap ambil wudhuk dekat rumah. Masa kerja pagi, cilok sikit masa nak solat. Ada kala solat dalam pantry, kadang-kadang solat dicelah crate dan kotak.

Aku rasa wife farm owner memang tak suka dekat aku. haha. Ada je salah aku yang nak dicarinya. Dah aku bagitau terang-terang aku tak pernah kerja ladang. Tapi dia takde la maki depan aku.

But then, I survived my first farm life and got to tell you the stories.

Cukup 9 minggu, dah ada duit simpanan sikit, aku tinggalkan Tolga untuk next adventure.








Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 hari : Melbourne 1.0