Western Australia Episod 1

Assalamualaikum..

Entry ni memang backdated. Trip Musim Bunga ke Western Aussie. Dah lama dalam draft. hari ni baru berkesempatan nak mengedit balik..hihi

10  Nov 2012

Day 0- Day 1

LCCT-> Perth-> Fremantle-> Albany

I have safely landed yesterday.  Jam 12.05 pm waktu malaysia.
Sekarang nak mengemas kini entry trip ke Perth. Kena taip awal- awal. Takut nanti terlupa segala details.
Penerbangan dari Malaysia pukul 11.50 malam 9 November 2012.  Dan selamat mendarat pada 5.20 pagi waktu Australia.  Time zone sama dengan Malaysia.  GMT +8. Maka, tak perlu nak adjust jam tangan anda semua.

Imigresen di Perth tak terlalu ketat macam yang di ceritakan. Tapi, mesti declare barang-barang yang kita bawa dalam Arrival form. Setelah habis pemeriksaan imigresen. Aku ambil bas ke Domestic airport. FOC. dari domestic airport ambil bas no 37 ke arah kings park. Tapi kat tengah2 jalan, kami tukar ke bus no 103 ke Fremantle Station. Tambang adalah AUD 4.00. Tambang adalah mengikut zone. Yang ni aku tak berapa nak paham. Yang aku tau, dari Airport ke Fremantle dikira sebagai 2 zone. Maka kena bayar AUD 4.

Shuttle bus from international to domestic airport FOC


shuttle bus to long term car park pun ada 


Bus to Perth City



Bas akan berhenti depan Fremantle Train Station. Dari Fremantle Train Station,  ke E-shed, jalan kaki je. Tak Jauh. Kalau tak pasti, boleh tanya kat orang-orang yang ade kt situ.Sebab kitorang pun tanya orang sekeliling. hehe

Fremantle train station

Me.Sunglasses. Crossing the railroad
The railroad
E-shed
Megabest yang best, own by Singaporean

Jom shopping

E-shed hanya buka pada Jumaat sabtu dan Ahad. Kebanyakkan peniaga disini adalah orang Asia. Terdapat sebuah berbuah-buah kedai yang dimiliki orang Indonesia. Nama kedai tersebut Aussin. Tapi kitorang membeli belah kat Megabes. Megabes own by Singaporean. Boleh speak Malay. Dia siap bagi tau souvenir mana yang diperbuat dari kulit babi. Jangan sentuh. Bagi diskaun kat t-shirt yanag kitorang beli. hihi. 
Kak fazy memang memborong kat sini. Katanya, lepas ni dah tak payah shopping lagi..Disini ada banyak souvenirs. Boleh la beli mana yang berkenan. Kitorang takde la memborong.risau duit tak cukup.hari terakhir baru akan beli di area perth CBD. 

Lepas habis beli-beli barang, kitorang naik fremantle CAT ke fremantle market. Fremantle market ada dua bahagian, ada  pasar basah dan pasar kering.Pasar basah jual barang basah dapur, sayur, buah-buahan dan makanan. Bahagian kering jual souvenirs, arts, cosmetic dan macam-macam. Kat sini, kitorang beli barang basah untuk aktiviti memasak malam nanti. Harga cili api, AUD 4 untuk 50gm. Menangis.  Tak jadi beli pun.
Dalam 11.50 am kitorang rushing keluar fremantle market.  Nak cari bayswater punya office. Kitorang awal- awal lagi dah book kereta dari Bayswater. Sesat barat juga kitorang cari office dia. Dengan bawa beg dan barang dapur, terasa agak seksa. Akhirnya decide, aku sorang pergi cari and ambil kereta. kakak dan kak fazy tunggu kat bus stop je. Penat jugak menapak. aku siap jogging, takut ofis bayswater tutup 12.30 pm.

Ready for tramtour?

Fremantle Market


Hampir 12.30, aku berjaya jumpa bayswater office. Settle everything. Payment by cc AUD177 + 50 as deposit untuk sewa selama 3 hari. Total chargeable AUD 227. Deposit akan dipulangkan pada hari kita pulangkan kereta. Bergantung pada keadaan kereta. Charge ni termasuk sewa GPS dan insurance.

Menunaikan solat dipinggir Albany Highway
Aku gerak dan pick up my sis and kak fazy kat Bus stop,  terus memandu ke Albany. Kitorang serabut nak set GPS ke Albany. Maklum la kat Malaysia aku guna waze je.huhu. tak pernah pulak guna GPS.
Dalam perjalanan, sempat singgah di Coles beli roti, marjerin dan barang kering memasak dan ambil wudhuk. Tak ada tempat sesuai yang boleh dibuat tempat solat. So, ambil je wudhuk, solatnya kemudian. Jamak ta'khir la. Alhamdulillah,  solat zuhur dan Asar ditunaikan di sisi jalan Albany highway. Angin kencang bertiup. Nevertheless, its was a good experience.

Dalam perjalanan, singgah jap mengopi. mengantuk. Cuaca mendung dan berangin.hui.. Perjalanan ambil masa hampir 7 Jam dari Fremantle ke Albany. Kami sampai di Albany sekitar jam 8 malam.
Disambut oleh Sam. Anjing peliharaan yang ada kat 1849 Backpacker. Terlebih jinak la pulak. Nasib dia tak gesel-gesel kalau tak, ade yang kena samak. Hihi. Kami di sambut oleh Danny, Manager 1849 Backpackers. Kitorang dapat bilik sendiri. tak berkongsi dengan orang lain. Lega. Risau jugak nak tidur dengan orang yang tak berapa nak kenal ni. Selesai je urusan bayaran semua, kami pun mandi, solat dan mengisi perut yang berkeroncong. Kitorang masak nasik dengan goreng telur. Makan dengan kicap. Mat-mat saleh tu pandang-pandang kitorang. Maybe sebab kitorang pakai tudung kot. hehe.Rare kan??
Cuaca tersangat sejuk. Memang aku tak expect akan sejuk macam ni. Sebab dah hujung Spring nak masuk Summer. sepatutnya cuaca akan jadi just nice je.  Kat sini ade free wifi. Dapat la online kejap. Update fb. Check in. bagitau kat family yang kitorg dah safely landed. Aku sempat layan nice guy episode 18 kat youtube. Kat Aussie, susah nak dapat free wifi. Tak tau la kenapa.




Around 11.00 pm, kitorang call it off. Rest for the day.penat drive 500km.

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1