Western Australia Episod 2.1

11 November 2012

Hari kedua

Albany-Denmark-Walpole

Kitorang bangun subuh sekitar 4.40 pagi. Pukul 5 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi di Malaysia.
Mungkin sebab pagi terlebih cerah, tak boleh nak sambung tido. Kitorang terus ke dapur. Gigih memasak nasi goreng pukul 5 pagi. Kalau kat rumah ni, mesti mak terkejut tengok anak-anak dara dia masak pagi-pagi buta..hehe.breakfast dengan kopi. Kat sini, kopi dah bentuk serbuk cam nescafe tak sama dengan kopi hang tuah Malaysia. Tapi taste good.

Mujur jugak Sam the dog tak kelihatan dimana-mana. Mungkin masih tido bersama Danny.. Susah gak bila ade anjing yang jinak sangat..huhu. Kita orang ambil peluang untuk ambil gambar disekitar hostel.cuaca kat luar mendung, gerimis dan sejuk yang amat. Aku rasa mungkin suhu mencecah 5 degree C. Keadaan sangat berangin. Teringat ade sorang Forummer inform yang Albany memang gloomy waktu pagi.. Kejap je kitorang kat luar cepat-cepat masuk balik. Tak tahan sejuk.

Basically, Albany is pekan koboi. Laid back.. Tapi memang cantik..udara pun terasa segar.. Kitorang bersiap-siap sebab hari ni banyak tempat nak singgah. Selepas sesi berbabai dengan Danny, pukul 7.30 pagi kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Our Room. Abaikan sepah-sepah tu.

Visitor Guide

Pekan Albany

Albany Church, I guess




TheBench


Keluar je simpang 1849 backpackers, terus nampak Frenchman Bay. Cantik. Subhanallah. kitorang singgah kejap bergambar kat situ. Ade burung-burung merpati yang jinak. Eh silap, seagulls. Tu pun aku tau burung tu seagull sebab ada signboard. Kalau tak sampai ke hari ni aku ingat tu burung merpati.ahaha. Albany memang sejuk sebab angin bertiup..gigil-gigil amik gambar. Gigih. Dalam 15 minit lepas tu, kitorang pun  meneruskan perjalanan ke Torndirrup National Park. Nak tengok The Gap dan Natural Bridge..


The Seagulls

Frenchman Jetty

Albany road

Albany housing 
Tak sampai 10 minit memandu, tiba- tiba ternampak signboard wind farm. Tadi cari kat dalam gps tak jumpa pulak. Rezeki orang merantau.hehe..singgah la ape lagi....Ini pengalaman pertama aku tengok wind farm.. Kipas dia besar gila.. haha.. aku terbayang kalau la tengah-tengah dia pusing pastu tercabut, tercampak semua. Ngeri.. Kat wind farm ni tahap angin boleh terbang punya. Aku masih lagi terasa sejuknya. Siap pakai sunglass sebab angin kuat,  susah nak menengok jejalan. Kena trekking sikit untuk dapatkan view yang cantik. Lagi tinggi, lagi cantik. Entrance adalah free.tiada yuran tahunan dan sebagainya. Tau tak wind farm ni untuk ape?. Okey, mari belajar fizik. Wind farm ni adalah untuk penjanaan electric dimana kuasa angin digunakan untuk menggerakkan kincir angin dan menukarkan tenaga kinetik ke tenaga electric. Penghasilan tenaga ni dikategorikan sebagai green technology sebab tidak menggunakan bahan bakar seperti petrol atau coke/coal. Dimana karbon dioksida, sulphur dioxide, sulphur hidroxide akan terlepas ke atmosphere. Tiada pencemaran berlaku. Konsep kincir angin sama dengan konsep kincir air. Macam Malaysia kita ada empangan hidro. faham? Kalau tak paham, nasib la..sila tanya mr google ye..ekeke

Lama jugak kami di wind farm. Cari spot untuk amik gambar-gambar yang cantik dan menarik. Tapi tak sanggup nak trekking sampai puncak tertinggi kerana cuaca yang sejuk melampau. Sedangkan kami berfashionista ala summer. Waktu ni,  takde seorang pun orang tempatan yang kami jumpa. Mungkin masih tidur atau pergi melawat Gereja di hari ahad?









Penjelajahan kitorang diteruskan ke Torndirrup National Park di mana terletaknya The Natural Bridge and The Gap. Tak berapa jauh. Mungkin dalam 15 minit drive dari wind farm. Tempat ni kiranya kawasan yang wajib pergi jika ke Albany. Pemandangan yang disajikan memang tersangat indah. SUBHANALLAH. Laut membiru.. Ombak sangat kuat. aku ingat gerimis, rupanya tempias ombak menghemps batu. Mulut kena tutup rapat, kalau tak, minum air laut.hehe.. cerita banyak pun tak guna, sila tengok gambar. Maaf, aku bukan jurugambar profesional.

The Natural Bridge dan the Gap boleh tengok je. Tak boleh nak pegi betul- betul kat tempat tu. Berbahaya. Struktur batu yang tak rata serta angin yang kuat mungkin jadi penyebabnya. Kalau banyak masa, rasa nak lepak lame kat sini. Tapi, nak buat camne......
Orang- orang kat sini pun peramah. asal terserempak je, mesti nak ber "hi". Truly, i respect diorang. Sangat friendly.

Torndirrup National Park

The rocks at Torndirrup National Park 

Seaview. Superb.

Us. Torndirrup National Park

The Gap

The Natural Bridge
Destinasi seterusnya adalah ke Middleton beach nak tengok emu. Tapi tak jumpa pun, tak tahu la kalau si GPS tu dah salah bawak. Tapi pemandangan memang first class. Yang hairannya, tak ada orang mandi. Kami sempat berposing depan rumah kawan aku..hehe..kat sini rumah tak berpagar dan tersangat la luas halaman. Sangat bagus untuk persekitaran budak-budak membesar.

The beach. Without the Emu

The Bench at the seaside


Bersambung ke episod 2.2


Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1