Misi Bandung- Day 4 part 2

Assalamualaikum..

Mari habiskan entry Bandung. Dah berkarat kt dlm draft ni..huhu

Lepas ke tangkuban perahu, kami bergerak ke Sari ater Hot Spring
Entry fee adalah sebanyak Rp18k per person
Kawasan hot spring ni agak besar, kat dalam ni ada juga kedai makan dan kedai souvenier. Tapi aku tak beli la. Duit rupiah dah susut.hehe. kitorang isi perut kat sini. Makan memang tak pandang kiri kanan. Lapo punya pasal.

Lepas makan kitorang solat Zuhur dan Asar disurau yang disediakan. Disini,surau dipanggil musolla bermaksud tempat bersolat. Musolla dia agak besar dan selesa.

Sari ater hot spring memang tersangat luas, dah macam kawasan air terjun. Terdapat kolam untuk mandi- manda. Air terjun pun ada. Tapi tak berapa nak pasti sejuk atau panas. Ada juga kolam cetek yang disediakan untuk merendam kaki. Untuk kitorang, cukup lah sekadar merendam kaki.
Macam terlebih- lebih pulak kalau nak mandi. Lebih- lebih lagi, kawasan agak padat dengan pengunjung. Mungkin sebab hari Ahad.

Walaupun sekadar merendam kaki, tapi puas jugak la..hilang sengal berjalan selama beberapa hari dan juga daki-daki degil.

Disini terdapat ramai penjual aiskrim. Penjual aiskrim tu memang membontot kitorang. Tapi, diaorang tak de la mendesak kitorang untuk membeli. Sebelum balik, kitorang sempat jugak beli aiskrim..hehe..kata penjual tersebut, beliau pernah bekerja di Malaysia dan tinggal dikawasan keramat. Ada sesiapa yang berasal dari Keramat?












Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah diKartika Sari dan Amanda beli ole-ole untuk keluarga.hehe..
Owh ya..brownies di Amanda lebih murah berbanding Kartika. Tapi, yang tak bestnya, tarikh luput lebih singkat berbanding Kartika Sari. Manakala, harga brownies di Kartika Sari lebih mahal sekitar Rp90k. Tapi memang ramai la orang kat kartika.

Sampai kat hotel, kitorang setel semua fee upah Supir Pak Ayi. Beliau quote RM150/day. Untuk tiga hari adalah RM450 + Rp200k (half day service on the 1st day).
Kitorang sempat tambah baggage weight kat Air Asia. Sebab masing-masing shopping tak hengat dunia.ingat akhirat je.huhu. takut exces pulak


Makan malam hari ni di Pizza hut Jalan Dago. Mula-mula ingat nak buat pesanan penghantaran. Last2 cancel dan kami berempat ambil teksi ke Jalan Dago. Tambang Teksi adalah sekitar Rp30k. Memang berbaloi.
Rasa pizza same je.tapi, service kat sane mmg tip top compare to Malaysian Pizza hut.
Kami melantak macam2. Makan malam ditaja oleh orang kaya Mior yang berjaya mengeluar duit melalui ATM di kartika Sari.haha.

 





Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1