Singapore short trip

#edited#republish
Assalamualaikum. 

Jumaat minggu lepas aku diarahkan oleh bos ke Singapore.
Ada customer complaint product company kitorang. Sebagai pekerja yang berhemah, aku pun menurut perintah.hehe.

Seawal jam 4.00 pagi aku gerak dan sampai ke LCCT lebih kurang 4.50 pagi. Masuk je dalam perut pesawat aku pun terbang ke New Zealand.zzzzz..
Landing kat Changi airport lebih kurang jam 7 pagi. Breakfast hari ni, ala mat salleh. Sandwich telur, hash brown dan latte kat Burger King. Harga SGD 8.75

Urusan kerja habis dalam jam 11.30 pagi. Rehatkan badan sekejap sebelum lunch dengan kawan sekerja dari Singapore office. Kitorang ambil cab dari office ke Tiong Baru Plaza. Lunch aku nasik ayam penyet  since itu la satu-satunya makanan halal yang aku nampak kat food court tu. Harga dalam SGD 5.90.

Dari Tiong Baru Plaza, ada MRT. tapi sebab kawan aku tu nak pegi kat tempat lain, maka berteksi la kami. Drop dia kat bangunan ape ntah. Nak ambil exam hazardous substances katenya. Aku pulak terus pegi ke Vivo. Katanya best shopping complex ni.

Aku pusing vivo sekejap je. Tak ade ape nak tengok. Same macam shopping complex kat Malaysia. Tapi aku sempat gak kutip MRT map. Tempat pertama yang di tuju adalah Chinatown. Puas gak aku belek map tengok aku kat stesen MRT yang mana..sebab tak tau nak naik MRT line mane..aku just jalan ikut kaki and gut feeling. Subway korea pun aku tak sesat, MRT Singapore mesti aku boleh punya. Bila jumpa MRT station,  dia tulis Harbourfront. Ok maknanya, Vivo=Harbourfront. Kalau nak ke Chinatown,  senang je, hanya selang satu station je. Ambil MRT north-east line ke arah Punggol. Dekat map, line ni warna ungu. Stop kat chinatown. Tambang kalau tak silap SGD 1.60 one way.  Singapore dihubungkan dengan empat line MRT. warna dia, ungu, jingga (orange), merah dan hijau.
MRT map.. 4 line sahaja.

Ticket MRT tu boleh di guna pakai sebanyak 6 kali. Maknanya, bile dah habis korang punya SGD 1.60 tu, boleh topup lagi 5 kali. Boleh beli ticket kat machine. Sama macam LRT. Ada instruction dalam melayu, english and chinese. Kalau biasa naik LRT, confirm boleh survive.
Sampai kat Chinatown,  ikut signboard la nk keluar exit mana. Boleh tengok papan kenyataan. Aku tak ingat ambil exit berapa. 
Papan kenyataan
Kedai-kedai kat chinatown sama macam kat Jalan TAR. Tapi depa jual frigde magnet la, keychain, tshirt, kipas nyonya dan sebagainya.  Aku tak ambil gambar la pulak.
Aku jalan terus je sampai kat simpang tiga ambil kiri. Nanti nampak masjid jamek sebelah kiri. Dekat je. Kat sini, aku sempat buat jamak taqdim untuk zohor dan asar. Suasana dalam masjid bersih. Tempat berwudhuk pun boleh dikatakan superb kalau nak compare dengan masjid-masjid di Malaysia, walaupun tak besar mana masjid jamek ni.
Masjid jamek kat Chinatown

Tempat wudhuk wanita
Lepas solat, aku carik money changer.  Nak tukar duit beli souvenier. Melambak jugak. Yang paling murah aku jumpa RM248 for SGD100.
Bila dah tukar, aku cuma guna SGD 10 untuk beli fridge magnet.  Haha..masih berbaki SGD 90. Entah bila nak guna. Mungkin tukar dengan KRW kot.
Lepas penat pusing chinatown,  aku gerak ke marina sand bay. Kata orang, kalau datang Singapore,  tak sah kalau tak tengok marina sand bay ni. Kali ni, aku ambil MRT dari chinatown tukar line kat Dhoby Ghaut ke marina bay (line merah). Tambang rasanya dalam SGD 2.20. Kalau tak silap. Dari MRT marina bay, kena menapak sikit la..penat jugak. Sempat basah ketiak jalan.mujur aku just bawak bag pack. Bila dah sampai kat Marina sand bay, baru aku tau, stesen MRT terdekat adalah Bayfront. ( kena ambil line jingga masa tukar train kat Dhoby Ghaut). Station Bayfront ni memang betul-betul dalam bangunan sebelah marina sand bay. Kat sini aku tak lama, sebab shopping complex pun untuk high end people. Ade casino lagi. Aku just ambil gambar.for the sake of been there, done that.  That's all.
Casino pun hado..Pandai-pandai la hang pikiaq no
Marina sand bay punya bangunan yang feymes itu..
Ade terusan suez lagi..
Singapore Skyscrapper

Dalam pukul 4.40 petang aku decide nak gerak ke airport. Dari Bayfront station tukar ke line hijau kat paya lebar station, stop kat tanah merah, tukar train ke Changi airport.
Kat changi airport tu, train stop kat terminal 3. Korang pandai-pandai la naik sky train ke terminal 1 atau 2 bergantung pada jenis airlines yang korang naik.
Penutupnya, aku tak mungkin merindui singapore. Hehe.  Melainkan kalau aku punya pakwe orang sana.
Kepada yang suke shopping dan kota keriangan,  sesuai la ke sana. Tapi aku ni, hati nature.  Buat masa ni, belum jatuh hati lagi dengan Singapore. Hihi. Akan datang, tak tau la pulak.
Tapi, Singapore memang bersih. Cuaca sama macam Malaysia. Atmosphere dia lain.
Sekian laporan ringkas. Ni aku menaip guna hp. Gigih!
Entry ini akan diedit semula, sebab nak masukkan gambar.

Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1