South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 3.0

Jan 26th, 2013.

Jagalchi, Busodong book street, Gukje Sijang, Busan Tower, Yongdusan Park. Haeundae

Pagi ni breakfast Roti Telur. Import from Malaysia. Roti je. Telur beli kat sini. Hehe.
Tepat pukul 10 pagi kitorang bergerak ke subway station dengan Jung sook.
Hari ni kitorang rancang untuk ke beberapa tempat. Jagalchi. Gukje sijang. Busan tower. Yongdusan park. Busodong street.

Ninja in action


Tempat pertama yang dituju adalah Jagalchi Market. Orang korea panggil market ni, sijang. So, nak tanya orang, Jagalchi sijang. Dari haeundae, kena tukar line dekat seomyeon ke Jagalchi market station.

Jagalchi ni, pasar seafood basah. Kebanyakkan jual makanan laut. Die punya udang dan ketam memang besar. Udang je besar lengan aku. Amik ko. Makan tak habis kot. Ketam pun same. Berenang dalam akuarium. Macam- macam jenis hidupan laut semua besar-besar.  ikan, sotong, octopus, belut. Aku tak nampak pun ikan kembung yang kecik yang biasa aku makan.hehe.. takde orang nak beli kot..

Cuaca hari ni bearable. Tak sesejuk seoul. Sbb tu diorang cakap Busan is warm. Walaupun diorang kata warm, tapi bagi penduduk bermusim khatulistiwa macam aku, warm=sejuk. Cold= Super duper sejuk.   Kitorang pusing- pusing dalm 10 minit. Sebab tak tau nak beli ape, terus ajak Jung sook ke Gukje sijang. Nak carik hotteok. Hotteok hanya boleh didapati pada musim sejuk. dan aku hanya jumpa kuih ni kat Busan. Kat seoul tak nampak bayang. Kalau didescribekan. Hotteok macam pau goreng, Cuma inti dia kuaci campur gula. Sangat terliur hokey.. Makan panas-panas masa winter ni, memang la masyuk.. Gigih kitorang keluar masuk lorong semata-mata nak cari hotteok. At last jumpa jugak satu, kitorang pun beli sorang satu, dan sambil-sambil tu explore Gukje. Gukje ni macam Namdaemun di Korea. Tapi macam lebih mahal harga dia. Jungsook pun agree dengan kitorang. Dia kata kat seoul lebih murah. Kitorang cuci mata tengok kedai-kedai yang ada kat situ.

Jung sook ajak kitorang ke Busodong bookstreet. Katanya kawasan tu kawasan kedai-kedai buku second hand. Wah… memang cantik cara diorang susun kedai kecik-kecik yang jual buku tu. Macam alley yang  cerita harry potter pun ade. Kat sini mostly adalah buku korea. Sape yang boleh read hangul, memang la best nak menyoping buku kat sini. Aku ni, pandai BM, BI, JAWI dan ARABIC je. Next time nak belajar bahasa la. *motivated*. Kitorang amik gambar, macam biasa. Lepas tu, terjumpa satu tangga yang tinggi dan ada lukisan mural kat dinding. Kate jung sook lagi, lukisan tu bersambung-sambung. Ada ceritanya. Aku anggukkan sahaja. Kitorang pun berusaha segigih mungkin untuk panjat tangga tu. Tinggi…Angin pulak kuat, angin Siberia tu. sampai satu tempat. Aku surrender. Tak larat. Ditambah dengan cuaca sejuk lagi.. (padahal stamina kurang..ekeke). Tangga ni mengingatkan tangga kat Perth yang aku panjat masa dalam misi mencari Kings park tahun lepas. Huhu.
Mungkin Jungsook perasaan yang kitorang dh macam tak larat kesejukan. Dia ajak kitorang rehat dan minum kopi.. Muka aku memang cerah masa dia kata nak minum tu..haha buruk perangai. Kitorang minum kat kedai yang ada jual buku + café. Kat sini, menu dalam hangul.. menangis ko.. nasib baik ade Jungsook. Aku tak rasa nak minum kopi, sebab rasa macam nak demam balik. Tekak sakit. Taik hidung berdarah. Nampak sangat aku anak khatulistiwa..tak tahan sejuk. Setiap kali bercuaca sejuk, selsema dengan hingus berdarah. Jungsook suggest minum teh tradisional korea. WOO JA CHA.  Aku okey je. Teh dia rasa masam manis. Ade rase lemon. Tapi memang pekat la. Aku rasa macam dah okey sikit lepas minum teh tu. Recharge energy. Kat dalam tu kitorang bergambar dan borak- borak dengan Jungsook. Dia kata nak datang Malaysia lepas habis study. Nak pegi pantai kat Sabah. Orang korea ni memang suka pantai kot. Especially Sabah.  Kitorang bertukar- tukar email address. Dia kata, kalau dia datang, dia akan contact kitorang. Pastu add facebook semua. Senang nak contact- contact katanya.

Next..kitorang bergerak ke Yongdusan Park. Aku dengan hati gigih melawan kesejukkan. Adala dalam 10 minit kitorang menapak. Tak jauh sangat. Tapi yang tak tahan tu, naik bukit. Patah pinggang ai… tapi view memang cantik..Pusing-pusing jap, kitorang terus ke Busan Tower. Entrance nak masuk Busan Tower 4000 won. Jungsook tak nak naik. Dia tunggu kat bawah je. Ade convenient store.  Aku naik berdua dengan kakak aku.. View kat atas memang terrrsangat lawa.. Subhanallah..Walaupun ade amik gambar, tapi tak sama dengan mata aku yang melihat. Allah has created the best camera. True, our eyes is the greatest camera ever. Aku bersyukur diberi peluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah. So, kawan- kawan, sementara masih muda, berjalan la diatas muka bumi ni. Semoga minda kita lebih terbuka dan hati kita lebih tunduk dengan kekuasaan Allah. Enough said.

Lepas ambil gambar mana- mana yang patut, Kitorang bergerak turun. Kesian pulak kat Jungsook tunggu lama-lama. Sebelum tu sempat beli fridge magnet, untuk diri sendiri. Sebab mahal. Satu 4000 won @ RM 12. Sekarang ni dah tiba masa kitorang berpisah dengan Jungsook. Lepas hantar kitorang kat Subway station, Jungsook bergerak ke Gukje market. Berpeluk-peluk kejap kitorang. Hihi..

Kitorang terus bergerak ke Busan Station nak beli ticket dari Suncheon to Seoul. Semalam tak dapat, sebab katanya ticket dah sold out. So, aku study route. Kena la tukar-tukar train. Lepas dah setel urusan ticket, kitorang patah balik ke Jagalchi market. Sebab aku teringat-ingat udang dia. Haha..nak beli masak malam ni.  Sambil- sambil tu berdoa jumpa dengan oppa semalam.hihi..

Balik ke indyhouse, kitorang makan nasik dengan udang goreng. Pastu cepat-cepat siap nak ke Haeundae beach. Esok dah nak balik. So, kena gigih keluar jugak. Kitorang ke Haeundae market kat depan indy house je. Strolling. Pastu jumpa orang Malaysia. Nak tegur. Tapi macam segan pulak, sebab diorang macam tak berapa nak perasan kitorang. Las-las kitorang belah je. Malam meman sejuk. Tak nampak ape. Sebab dah gelap kan.. ktiorang just strolling. Amik angin, sejukkan badan..haha..tak lama tu jumpa caffe bene. Singgah makan waffle and minum kopi. Panas kan badan skali. Dalam pukul 9, kitorang gerak balik ke indyhouse. Nak get ready for tomorrow. Aku masak semua udang- udang tu, buat bekal esok. Nak keluar awal untuk catch up train ke Suncheon


Sotong-sotongan


Kimchiiii

Hotteok.  Only found during winter

Bosudong bookstreet












Comments

  1. rasanya macam pernah jumpa dalam flight ke nagoya 11/4 haritu ke salah orang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah orang kot. saya belum sampai lagi ke Nagoya. hehe. Saya ke Kansai.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1