South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 2.0

25 Jan 2013

Hongdae- Busan

Hari ni, ikut plan akan ke busan. Tapi sebelum tu nak kena shopping beli my sis punya winter Jacket. Semalam sesi memburu baju di Myeongdong tak menampakkan hasil.

Cuaca hari ni dijangka -10C.  sesejuk semalam. Sejuk macam nak nangis, di tambah oleh angin dari Siberia  yang sepoi- sepoi bahasa. Kejang segala muscle kaki.

Kitorang tinggal luggage kat Stay Korea. Letak je kat dlm bilik kecik kat common room tu. Kitorang pun menapak dengan gigih ke hongdae. Masa datang 2011, ada flea market berdekatan Hongik university. Tapi musim sejuk ni, dia tak bukak pulak.

Masuk kedai pertama, kakak aku terus berkenan dengan satu jacket kaler pink-peach. Terus beli dan pakai. Penat jugak mintak diskaun dari ahjusshi tu. Kebetulan dia baru je bukak kedai. Macam biasa communicate guna calculator. Haha. Ahjusshi jugak dengan konfiden tanya, Malaysia?..kitorang pun mengiye kan jela..

Lepas tu, terus gerak ke Seoul station. Kat Seoul Station, kitorang tukar slip KR pass yang dah di reserve dari Malaysia dan dapat satu pass. Istimewa untuk warga asing yang datang melawat ke korea. Harga untuk pass tiga hari 76100 won. Kena buat reservation dulu. Sila check dekat website korail. www.korail.com. Pass ni ade banyak jenis. 1- day, 3-day, 5-day, 7 day dan 10-day. Harga untuk kanak-kanak, separuh dari harga dewasa. Bila buat reservation dari website, kena print out confirmation.  Pastu tukar kat kaunter korail. Kitorang tukar kat seoul station.  Kaunter ni bersebelahan dengan traveller info centre. Jangan tersilap pegi kat kaunter ticket pulak. Bila dah tukar tu, dia akan bagi satu kad untuk kita. Bila nak beli ticket, just tunjukkan kad tu je. Tak payah nak bayar lagi. KR Pass tu akan digunakan untuk beli ticket ke mana-mana destinasi menaiki Korail train. Baik mungunghwa, saemeul atau KTX.. Pilih je. Kitorang semestinya nak ambil yang paling cepat dan pantas. Lets ride the KTX.huhu.


Kat seoul station ade beberapa skrin yang akan display train schedule. Yang aku perhatikan, kat sini, train adalah satu pengangkutan awam yang penting.  Korean beli dan terus naik train. Macam bas awam. Cuma bezanya ade seating je. Pengangkutan awam dia memang super-efficient. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku suka korea selain pemandangan yang cantik-cantik. Aku bukan nak mengutuk, just nak meluahkan pandangan. Rasanya KL sentral masih perlu banyak penambahbaikkan kalau nak sama taraf dengan seoul station ni. Gambar memang takde time ni. Argh..menyesal tak amik gambar. Tapi masa tu, aku memang kalah dengan kesejukkan seoul. Tangan sentiasa dipocket. Walaupun dah beli glove, masih tak dapat nk menyelesakan tangan aku.

Sementara nak tunggu train kitorang pukul 1.15 petang, kitorang mengopi kat Beans and Berry. Aku minum blueberry tea latte. Kakak pulak minum caramel macchiato. Nama kopi kemain glamour sesuai dengan rasa dia yang sedap tu. Rasa blueberry  tea latte memang superb. Aku masih teringat-ingat teh tu..menangis nak lagi…wuwuwu..

Caramel macchiato



Dalam pukul 1.00 kitorang bergerak ke platform. Orang tak ramai lagi. Mungkin semua tak nak bersejuk-sejuk. Dari Seoul ke busan ambil masa dalam  2.5 hours. Seating arrangement adalah 2-2. Kat dalam ni, memang selesa. Seat lebih besar dan selesa jika nak dibandingkan dengan dengan Air asia. Hehe ^_^ . Ada jugak orang jual- jual dalam tu. Macam dalam air asia. Aku tengok kat dlm cart tu, ade nasik, telur, jajan-jajan dan air minuman. Nampak sedap. Tapi tak beli. Sebab kitorang dah menapau jajan kat Story way masa di seoul station.

Aku tido sepanjang perjalanan. Penat sangat. Qada tido semalam yang tak lena disebabkan muscle cramp. Kitorang sampai di Busan dalam pukul 3.50 petang. Stesen Busan lebih kurang besarnya macam Seoul. Memang ramai yang guna train kat sini. Aku siap- siap tukar ticket untuk ke suncheon lusa. Route ke suncheon dari Busan adalah seperti berikut Busan- Samnangjin- Suncheon. Ticket kitorang pukul 6.35 pagi. Gigih la nak bangun pagi time sejuk-sejuk ni. Untuk route ni tak ade KTX. Yang ade hanya Mungunghwa. Waktu yang diambil adalah dalam 4-5 jam.  Aku akan cerita secara terperinci dalam entry yang akan datang, bila sampai waktunya. O_o

Busan Station
Dari Busan Train station kitorang kena pergi ke indy house yang terletak kat Haeundae. Keluar dari station akan nampak entrance ke Busan subway. Kitorang amik subway line 1 exchange kat seomyeon ke line 4 menghala ke Haeundae.  Masa ni nampak ada dua orang mat Salleh berborak dengan seorang Korean oppa. Boleh tahan handsome gak oppa tu.hehe. tapi berlakon macam tak kisah la. Rupa-rupanya mat Salleh dua orang tu dah salah platform. Beriye-iye oppa handsome tolong tunjukkan platform mane depa nak kena naik.

Dalam train, orang memang ramai. Kitorang kena berdiri sebelah oppa handsome. Hihi..gedik kejap. Kat dalam train ramai jugak yang pandang-pandang kitorang. Mungkin sebab orang bertudung kurang datang Busan? Ade sorang nenek – Ahjumoni, siap offer nak pegangkan beg plastic yang akak aku bawak. Hehe.. Pastu terjadi la perbualan antara kitorang dengan ahjumoni.

Ahjumoni:  ‘fili..filipina?’

Aku: ‘no. Malaysia’

Ahjumoni angguk-angguk. Aku senyum.  Ahjumoni senyum dan cuba untuk berinteraksi lagi.

Ahjumoni: x@1$%^&*.. Chinggu…_+@#$%^&? (sambil tunjuk-tunjuk kat aku and kakak)

Aku:  No, unni (sambil tunjuk kat kakak), dongsaeng (tunjuk kat diri sendiri)..ahjumoni angguk- angguk lagi. 

Aku pun senyum lagi.

Ahjumoni: @#$%^&*_+*~?

Aku geleng kepala. Tanda xpaham. Pastu Ahjumoni tunjuk tanda isyarat tido. Haha.. aku gelak je..

Aku: Haeundae. Ahjumoni kerut dahi. (tak paham kot). Haeundae. Haeundae ? (salah pronounce ke?)

Ahjumoni: ah..haeundae..angguk lagi..

Tetiba, oppa handsome yang berdiri sebelah aku tegur.

Oppa: excuse me, do you speak English?

Aku: yes. (teruja kejap)

Oppa: are you going to haeundae? (dalam hati: omo oppa mengopeng kitorang borak ye ? haha..)

Aku:  Yup.

Oppa: the next stop is seomyeon. You can exchange the train to haeundae. (senyum)

Aku: Is it? Thank you. kamsahamnida (Sambil tunduk-tunduk). Padahal aku dah tau..haha..takpe la.. oppa dah baik hati nak bagi tau kan.. kitorang pun berbabai dengan ahjumoni jugak. Sambil berkamsahamnida (tunduk-tunduk). Kitorang pun sama-sama turun dari train dan bergerak ke untuk tukar line. Owh.. rupanya oppa pun nak menghala ke haeundae ye..

Dalam train borak-borak sikit ngan oppa. Dia tanya kitorang buat apa kat Busan. Aku pun explain la kitorang ni nak bersightseeing. Oppa angguk. Dan wish kitorang, have a nice trip. Sambil senyum.cair aku..aku senyum balik.dah sudah. Ni yang tak nak balik Malaysia ni..hehe..Cinta ku tertinggal di Busan? Haha..#berangan. Dengan itu oppa pun turun dari train. Babai oppa.. sob..sob

Kitorang terus sampai ke Haeundae. Jauh gak menapak dari subway station, dalam 10 minit ke Indyhouse. Kitorang check in, bayar fee untuk dua malam. Mamat yang jaga kaunter bagi pamphlet Busan dan Haeundae. Kaunter check in kat tingkat dua. Bilik kitorang kat tingkat tiga. Naik lagi.. hadoi..tapi, Bila masuk bilik je, wah……….comel sangat..tapi disebabkan aku kejar waktu asar. Cepat-cepat amik wudhuk dan solat. Bilik air pun comel. Ok..sabar. solat dulu baru mengagumi interior bilik ni. Lepas solat. Kitorang amik gambar bilik. Batak jap.  Pastu, masing-masing senyap, terlelap..Malam tu, kalau ikut plan nak pusing area Haeundae. Tapi sebab bilik comel punya pasal, kitorang duduk dalam bilik. Menikmati keindahan bilik. (huh??) @_@

check busan map nak ke indy house
Comel tak katil kitorang ? 


Lepas solat dan bermandi- manda,  kitorang naik ke tingkat empat. Kawasan common room. Aku pun.. wah.. (lagi).. layan gambar je la.. aku malas nak mengayat nak cerita pasal indyhouse ni sebab interior dia memang wah!!

Kitorang makan malam sambil tengok TV. Ade cite korea yang best. Padahal takde subtitle pun..Masa tengah lepak- lepak depan TV,  jumpa kawan baru, Han JungSook.. comel.. sebaya dengan Jeon ina..student university. Dia kata dia saja jalan-jalan habiskan cuti sem kat Busan. Dia duduk kat Gangnam –wah! (lagi). Gelak je minah tu, bila kitorang ber wah-wah… Lastly Jung sook ajak kitorang join dia berjalan-jalan kat area Busan dengan dia. Pucuk dicita, ulam mendatang. Janji untuk Jumpa pukul 10 pagi keesokkan harinya. Lepas tu dia pun excuse, nak tido katanya. Aku sambung tengok TV. Ade cerita Cheongdamdong alice. Best pulak.Layan…



Comments

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1