South Korea: Kembara Musim Salji Bahagian 1.0

........السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Lame dah tak update blog.. masa sangat mencemburui aku sekarang ni...hehe..

24th January 2013

Trip musim sejuk ke Korea adalah trip pembukaan untuk tahun 2013. Touch down korea jam 8.20 pagi. Suhu mungkin negatif.

Sebelum bergerak ke seoul, kitaorang amik pocket wifi dulu kat nun di hujung airport.Berdekatan dengan gate 13 dan 14. Perkhidmatan pocket wifi ni dari Sroaming. Booking secara online dari Malaysia. Boleh check maklumat lanjut kat sini. Diaorang akan bagi confirmation email. Untuk 7 hari, bayaran yang dikenakan adalah 7000 won x 7days+ 10% cukai. Semua sekali 53900 won. Bayar cash. Masa nak amik tu, kena tunjuk pasport dan kad kredit.


Kali ni, Kitorang stay kat Stay Korea yang terletak kat area Hongdae. Amik arex commuter ke hongik universiti. Exit 2. Tambang adalah 3850 won. Airport railroad (Arex) ni ada dua jenis; satu-"commuter" akan berhenti kat setiap stesen yang menghala ke seoul,  satu lagi "express" cuma berhenti kat beberapa stesen. Masa nak ke Arex (airport railroad). Nampak ade shooting drama flower boy next door. Krew drama siap halau kitorang ke tepi. Ramai jugak orang tengok-tengok kat tepi.

Lepas check in kat Stay Korea, kitorang solat dan bergerak ke Itaewon. Nak tukar duit kat IBK. Rate masa tukar around KRW1000= RM2.894. Pastu, lunch at Muree. Lamb briyani. Rasa dia dah tak sedap cam dulu. Kat sini ada jumpa beberapa orang Malaysia. Mungkin student. Macam nak tegur, tapi diorang macam sangat absorb berborak. So, tak jadi la aku yang pemalu ni nak tegur.

Kitorang set nak dating dengan dongseng korea. Ina Jeon. Pukul 3.00 petang. Masa tengah makan tu, aku pelik tengok jam kedai dah pukul 2.15 petang. Jam aku baru pukul 1.15 petang... omo... tak set jam ikut waktu korea. Cepat-cepat khabar kat Ina, kitorang dah salah tengok jam and akan lambat 1 jam. Nasib baik ade pocket wifi. Dapat la contact Ina. Macam nak tercekik menghabiskan nasik. Laju gila menelan nasik. Jumpa Ina kat depan exit 9 hongik university. Masa jumpa terjerit-jerit kitorang.Overexcited. Orang sekeliling pandang pelik..

Ina kata nak bawak kitorang pegi tempat favourite dia. Tapi, kena naik bas. Masa ni drama sungguh. Kebetulan masa kitorang tengah dok berjalan ke bus stop, tetibe bas yang nak pegi ke blue house ni lalu dan berhenti kat bus stop. Ade la dalam 100 meter. Ina cakap, next bus lambat lagi. Nak naik tak bas ni? Aku ok je. Tapi sebab bas kat korea ni jenis yang ikut timing. Kejap je dia berhenti. Ape lagi, kitorang lari pecut kejar bus. Takut ketinggalan. Pendek nafas aku. Ina sampai dulu mintak driver bas tunggu kitorang yang keciciran.  Naik je bas, semua orang pandang. Nasib baik ade seat kosong kat belakang. Dalam bas kitorang bertiga mengekek-ngekek ketawa terbayangkan kejadian kejar bas tadi. Pastu Ina cam blur kejap. Dia kata salah bas.. Omai..aku dah pandang kakak. Nak tergelak pun ada. Nasib baik la  bas ni lalu jugak depan Blue house, cuma jauh sikit dia pusing.. tak pe la, boleh borak lama sikit dengan ina.

playing piano with Ina..
Ini Ina
No caption

Kata Ina, Bluehouse ni, dia punya secret place. Sebab calm and peaceful. Banyak yang kitorang borak dalam bus. Cerita pasal muslim/islam. Makanan Halal. Siswazah korea. Christian. Boyfriend.haha.. Kata ina lagi islam more peaceful than Christian.  She talk about jizyah. Mula-mula aku pun tak paham sangat.  Rupa-rupanya jizyah means tax. Walaupun ina nampak muda, she knows a lot. Dalam hati aku mendoakan semoga gadis korea ni lebih mendalami islam dan diberikan hidayah dan taufik untuk memeluk islam. Pemandangan kat blue house mmg cantik, walaupun cuaca mendung dan dah nak masuk maghrib. Banyak abang polis jaga area situ. Tempat tinggal presiden la katakan. Pertemuan kitorang diakhiri dengan mengopi di Fatum, samcheongdong.

art gallery at blue house

Selepas berbabai, kitorang amik bas ke myeongdong. Ina balik awal, sebab esoknya dia kena jadi tourist guide pelancong hong kong. kitorang shopping jap kat myeongdong.  Beli gloves,  muffler. Demi menghadapi winter. Hidung ngan pipi aku naik beku.  Aku dah start bersin-bersin. Huhu. Keluar masuk kedai. Carik extra jacket. Kot ade yang berkenan dihati, dapat la berfashionista. Dalam pukul 9.00 malam. Kitorang mengalah balik ke guesthouse.  Makan malam, nasik segera dan ayam masak kicap AYAMAS.

Sebelum tido, sempat berborak dengan Claudia.  She's from France. Datang korea sebab nak tengok konsert Big Bang. Fanaticnya..kalau aku, kirim salam jela.

Comments

  1. Wah... bestnye :) Nanti tunggu hujung tahun ni la pulak nak p buat winter holiday kat Korea :)

    Hafiz Azmi
    sifusempoi.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Misi 365 Hari: Melbourne 2.0

Misi Bandung - Day 3

Misi 365 Hari: Hillston - Canberra - Sydney - New Castle (October 2017) Part 1